Malaysia Oversight

Ulasan Huawei Mate X7 – Kamera Boleh Tahan

By Amanz in January 22, 2026 – Reading time 8 minute
Ulasan Huawei Mate X7 – Kamera Boleh Tahan


Membuat ulasan Huawei Mate X7 ini merupakan pengalaman ketujuh saya dalam menguji telefon boleh lipat. Selalunya orang beranggapan kamera pada telefon lipat sekadar ‘cukup ada’ sahaja malah kadang-kadang hasilnya kurang memuaskan. Tapi kali ini saya boleh katakan Huawei cuba menutup kelemahan tersebut melalui Mate X7 dan kebanyakan hasil gambar memang memuaskan. Namun begitu, sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu dikompromi. Inilah ulasan penuh saya untuk Huawei Mate X7.

Ulasan HUAWEI Mate X7 04 1
Huawei Mate X7
Skrin Luar – 6.49-inci LTPO OLED, 120Hz, 1800 nits Dalam – 8.03-inci LTPO OLED, 120Hz, 2,500 nits
Pemproses Kirin 9030 Pro (6 nm)
Cip 1 x 2.75 GHz 4 x 2.27 GHz 4 x 1.72 GHz
Cip Grafik Maleoon 935
RAM 16GB RAM
Muatan Dalaman 1TB ROM
Kamera Utama 50 MP, f/1.5-f/4.0 (lebar) PDAF, OIS 50 MP, f/2.2 (telefoto periskop), OIS 40 MP, f/2.2 (ultrawide), PDAF
Kamera Depan 8 Megapixel
Bateri Si/C 5600 Berwayar 66W Nirwayar 50W
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano
NFC Ya
Infra Merah Ya
Kalis Air IP58/59
Sistem Imbasan Imbasan cap jari Imbasa wajah
Harga Jualan RM8,688 (16/1TB)

Pengalaman Penggunaan

Huawei Mate X7 ialah telefon boleh lipat keempat daripada Huawei yang pernah saya gunakan. Dari segi pengalaman harian, ia sebenarnya tidak banyak berbeza dengan model terdahulu seperti Mate X6 dan Mate XT. Reka bentuk yang nipis memberikan rasa premium. Beratnya yang seimbang pula menjadikan penggunaan lebih selesa sepanjang hari. Konsep lipatan seumpama buku masih dikekalkan kali ini, sekali gus membuatkan telefon terasa semula jadi untuk digunakan dan tidak janggal di tangan.

Ulasan HUAWEI Mate X7 02
Ulasan HUAWEI Mate X7 980

Namun kenipisan Mate X7 ini sebenarnya turut membawa cabaran tertentu. Bingkai yang licin serta melengkung menjadikan telefon ini agak sukar untuk dibuka terutamanya apabila tangan berada dalam keadaan basah. Selain itu, engsel yang ketat memerlukan sedikit tenaga tambahan untuk membuka lipatan.

Ulasan HUAWEI Mate X7 06

Pun begitu, keadaan ini boleh dianggap sebagai kelebihan kerana ia menambah ketahanan pada telefon. Pengalaman penggunaan keseluruhan juga tidaklah sehingga menyusahkan. Dengan kata lain, Mate X7 masih sesuai dijadikan telefon harian. Secara peribadi, saya rasa telefon boleh lipat kurang sesuai untuk saya. Memandangkan saya sering dilabel agak cuai kerana risiko untuk terjatuh atau rosak adalah tinggi.

Ulasan HUAWEI Mate X7 01
Ulasan HUAWEI Mate X7 909

Seterusnya, susun atur butang standard pada Mate X7 sebahagian besarnya masih sama seperti model terdahulu. Butang yang disediakan cukup ergonomik dan memberikan pengalaman menekan yang ‘solid’ tanpa terasa murah. Huawei juga memberi perhatian kepada rekaan bonggol kamera baharu yang dinamakan ‘Time Space Camera’.

Ulasan HUAWEI Mate X7 07

Rekaannya kini berbentuk persegi yang lebih kemas, berbanding rekaan oktagon sebelum ini serta tidak terlalu tebal. Hal ini menjadikan pengalaman menyimpan telefon di dalam poket khususnya di bahagian belakang terasa lebih selesa dan tidak mengganggu.

Ulasan HUAWEI Mate X7 03

Saya turut menyarankan penggunaan kerangka bagi mengelakkan kosmetik telefon ini menjadi comot. Saranan ini lebih penting khususnya untuk model dengan kemasan vegan leather kerana berdasarkan pemerhatian saya, ia mudah memerangkap kotoran seperti kesan solekan.

Mujurlah, kerangka percuma disediakan masih mengekalkan warna asal. Sebagai contoh, kerangka hitam yang diperbuat daripada kulit tetap kelihatan serasi dengan warna asal telefon. Oleh itu, tiada istilah rugilah beli telefon mahal-mahal tetapi perlu menggunakan kerangka pelindung.

Ulasan HUAWEI Mate X7 05

Masalah garisan lipatan pada Mate X7 juga masih jelas kelihatan, sama seperti kebanyakan telefon lipat lain yang pernah saya cuba sebelum ini. Setakat ini, saya belum menemui telefon lipat dengan kesan lipatan yang benar-benar kemas. Dari segi skrin, saya tidak mempunyai komen khusus kerana Huawei sememangnya terkenal dengan prestasi paparan yang baik. Ciri tersebut sudah menjadi kebiasaan pada telefon mercu mereka dan Mate X7 tidak terkecuali dalam mengekalkan kualiti skrin yang memuaskan.

Ulasan HUAWEI Mate X7 09 1

Kelantangan pembesar suara fizikal pada Mate X7 boleh dikatakan sekadar memuaskan tetapi tidak seimbang. Ketika dipegang, salah satu kekisi audio mudah tertutup oleh tangan sekaligus menjejaskan pengalaman mendengar. Pilihan rekaan speaker Huawei ini terasa agak aneh kerana ia tidak begitu praktikal untuk penggunaan harian.


Perkakasan Dan Perisian Dalaman

Mate X7 menggunakan cip Kirin 9030 Pro berasaskan 6nm yang dipadankan dengan memori 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. Huawei mendakwa cip ini mampu menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 25% pada CPU dan 40% pada GPU berbanding Mate X6. Namun, penanda aras menunjukkan cip masih berada dalam kelas pertengahan di mana sesuatu yang agak janggal untuk sebuah telefon boleh lipat berkelas premium.

AnTuTu 3D

Cip Skor
Huawei Mated X7 1,151,029
Honor Magic V5 1,732,200
Oppo Find N5 2,157,718
Xiaomi 15 Ultra 2,341,598
Samsung Galaxy S25 Ultra 1,946,864
Oppo Find X8 Pro 2,629,017
16 Pro Max 1,720,751
Google Pixel 9 Pro XL 1,016,712

Geekbench 6

Cip Satu Teras Multi Teras
Huawei Mate X7 1458 4517
Honor Magic V5 1286 4926
Oppo Find N5 2866 7987
Xiaomi 15 Ultra 2918 8917
Samsung Galaxy S25 Ultra 2957 9435
Oppo Fin X8 Pro 2663 8959
16 Pro Max 3359 8129
Google Pixel 9 Pro XL 1916 4644

Meskipun begitu, pengalaman saya menggunakan Mate X7 secara keseluruhan adalah memuaskan. Tiada isu lengah masa ketika membuka aplikasi, menonton video, menggunakan sehingga 3 aplikasi serentak (Live Multi-task), atau kembali kepada aplikasi sebelumnya selepas bermain permua. Bagaimanapun untuk jenis permua berskala besar pada skrin lipat, prestasinya tidak begitu memuaskan yang jelas menunjukkan had pemproses ini mampu berfungsi.

UI Ulasan HUAWEI Mate X7 50
UI Ulasan HUAWEI Mate X7 48

Dari segi multitugas, telefon ini menyediakan kawalan berasaskan gerakan yang mudah difahami. Saya boleh membuka aplikasi, kemudian menyeretnya ke kiri untuk masuk ke mod berbilang tetingkap. Skrin telefon juga boleh dibahagikan sama ada secara menegak atau mendatar namun pembahagian hanya terhad kepada nisbah 50/50. Ini bermakna saya tidak diberikan pilihan untuk melaras saiz tetingkap mengikut keperluan.

UI Ulasan HUAWEI Mate X7 35
UI Ulasan HUAWEI Mate X7 33
UI Ulasan HUAWEI Mate X7 19
UI Ulasan HUAWEI Mate X7 2
UI Ulasan HUAWEI Mate X7 6
UI Ulasan HUAWEI Mate X7 15

Sebahagian besar kelancaran ini juga adalah daripada sokongan EMUI 15. Antaramuka tidak banyak berubah, tetapi versi ini terasa lebih stabil dan dioptimumkan. Masalah aplikasi gendut (bloatware) masih wujud dengan fail pra-pasang yang perlu dibuang secara manual. Aplikasi asli Huawei juga banyak, ada yang berguna dan ada yang kurang diperlukan termasuk Huawei Browser yang memaparkan iklan setiap kali dibuka, Petal Search, Petal Maps serta Huawei Health.

Ulasan HUAWEI Mate X7 99
Ulasan HUAWEI Mate X7 777

Ciri AI pula agak terhad. Fungsi AI Edit untuk gambar hanya asas dan tidak sehebat sistem lain. Huawei turut menyediakan pembantu maya Celia namun pengalaman saya menunjukkan ia tidak setanding dengan Google Gemini.


Kamera Dan Kualiti Gambar

Pengalaman saya menggunakan kamera Mate X7 boleh dikatakan cukup mengujakan. Hal ini kerana ia menawarkan kualiti imej yang hampir setanding dengan Huawei Pura80 meskipun hadir dalam bentuk telefon boleh lipat. Kamera utama telefon ini mampu menghasilkan gambar yang tajam dan kemampuan tersebut kekal konsisten termasuk sewaktu melakukan zum melebihi 10X. Kemampuan zum yang stabil menjadikan proses merakam imej lebih mudah tanpa banyak gegaran, malah hasilnya dalam beberapa keadaan dilihat lebih baik berbanding Huawei Pura80.

ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 578
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 576 1
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 96
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 94
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 30
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 27

Prestasi kamera Mate X7 pada waktu malam atau dalam keadaan kurang pencahayaan boleh dikatakan cukup memberangsangkan. Kamera berjaya mencerahkan imej tanpa menghasilkan hingar yang ketara walaupun ISO berada pada tahap tinggi. Kawalan kecerahan juga baik kerana gambar yang gelap dapat dicerahkan tanpa menjejaskan subjek atau kualiti keseluruhan imej. Pun begitu, jika pencahayaan lampu tidak terkawal atau terlalu banyak warna, isu pancaran cahaya (flare) boleh berlaku. Keadaan ini masih boleh diterima kerana hasil imej keseluruhan masih memuaskan dan konsisten dengan prestasi kamera premium yang ditawarkan oleh Huawei.

ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 405
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 399
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 395
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 322
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 390
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 317
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 320
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 291
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 49

Dalam mod potret, kamera Mate X7 benar-benar menunjukkan kemampuan yang mengagumkan. Kesan bokeh kelihatan kemas walaupun hanya menggunakan panjang fokal 1X, sementara tona kulit subjek dipelihara dengan baik sehingga wajah kelihatan semula jadi. Hasil imej juga tidak menampakkan kesan penuras atau suntingan berlebihan, sekali gus mengekalkan kualiti yang lebih autentik.

ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 366
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 441
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 265
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 300
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 188
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 173
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 141
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 76

Namun begitu, Night Mode tidak sesuai digunakan dalam semua keadaan. Pencahayaan lampu terlalu terang boleh menjejaskan kualiti imej dan meningkatkan isu pancaran cahaya. Mod ini dirasakan lebih sesuai digunakan dalam suasana benar-benar gelap tanpa gangguan pencahayaan tambahan, kerana ketika itu hasil imej lebih konsisten dan memuaskan.

ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 233
Mod malam dimatikan (kamera biasa)
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 232
Mod malam (Night Mode) diaktifkan
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 240
Mod malam dimatikan (kamera biasa)
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 239
Mod malam (Night Mode) diaktifkan

Secara keseluruhan, kamera Mate X7 mampu mengawal imbangan putih dengan baik lalu menghasilkan imej yang konsisten dari segi warna. Meskipun begitu, proses selepas rakaman kadangkala mengambil sedikit masa sebelum imej siap sepenuhnya, terutama apabila menggunakan mod tertentu. Saya juga pernah menerima amaran bahawa telefon menjadi panas ketika digunakan dalam salah satu mod kamera pada waktu siang yang terik yang sedikit menjejaskan pengalaman.

ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 24
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 32
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 85
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 148
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 159
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 162
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 145
ULASAN HUAWEI Mate X7 Amanz 105

Selain itu, ketiadaan fungsi multi-focal menjadikan pengalaman penggunaan agak terbatas berbanding sesetengah telefon lain. Namun begitu, fungsi zum pada Mate X7 lebih mudah distabilkan, malah dalam beberapa keadaan ia memberikan hasil yang lebih baik berbanding Huawei Pura80.

Penggunaan kamera pada telefon lipat sememangnya boleh terasa sedikit janggal bagi sesetengah orang. Namun, Mate X7 masih mampu memberikan hasil yang memuaskan secara keseluruhan.

Satu kelemahan yang ketara ialah kemampuan auto fokus yang kurang memberangsangkan kerana kamera gagal mengesan subjek yang bergerak dengan baik. Keadaan ini menyebabkan imej yang dirakam kadangkala tidak setajam seperti yang diharapkan.

Ulasan HUAWEI Mate X7 88

Meskipun Mate X7 hadir dengan beberapa kekangan seperti isu auto fokus, masalah pancaran cahaya, dan tiada fungsi multi-focal, telefon ini masih mampu memberikan pengalaman fotografi cukup baik. Kameranya turut menunjukkan kelebihan dalam kawalan cahaya rendah, penghasilan semula potret yang kelihatan semula jadi, serta menawarkan kemampuan zum yang stabil. Dengan ciri-ciri tersebut, Mate X7 muncul sebagai telefon boleh lipat yang menawarkan prestasi kamera kompetitif dalam kelasnya.


Bateri Dan Pengecasan

Bateri 5,600mAh pada Mate X7 masih boleh dianggap besar, walaupun pada dasarnya sedikit lebih kecil berbanding Honor Magic V5 yang hadir dengan kapasiti 5820mAh.Sepanjang penggunaan saya dengan skrin terbuka, aktiviti utama termasuk melayari laman web, menatal media sosial, berkomunikasi melalui Telegram, serta mengambil beberapa gambar. Dalam corak penggunaan sebegini, saya boleh dapat SOT sekitar 4 jam 45 minit. Untuk penggunaan sederhana, bateri tiada masalah untuk bertahan lebih daripada sehari penuh.


DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.

  • 1x Huawei Mate X7.
  • 1x Kerangka kulit.
  • 1x Pengecas 66W USB-A.
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C
  • 1x Manual pengguna.
  • 1x Pin SIM.

Kesimpulan

Dalam segmen telefon boleh lipat, Honor Magic V5 memang menonjol berbanding beberapa jenama lain. Ia hadir dengan pemproses lebih pantas, sistem operasi lebih matang, sokongan penuh GMS, sistem kamera yang baik serta harga yang sedikit lebih rendah.

Honor Magic V5 F

Namun begitu, Mate X7 masih boleh dianggap pilihan yang kukuh. Ia hadir dengan reka bentuk premium, kamera yang mantap, paparan OLED yang terang, dan prestasi yang lancar. Fungsi Multi-Window juga cukup baik untuk kegunaan harian. Memang ada kekangan biasa pada telefon Huawei, contohnya tiada sokongan penuh GMS dan beberapa aplikasi sedia dipasang yang mungkin kurang digunakan. Tetapi, Mate X7 masih mampu beri pengalaman penggunaan yang stabil dan menyenangkan.

Ulasan HUAWEI Mate X7 9099

Keputusan untuk membeli Mate X7 sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada keutamaan individu. Jika anda mahukan sokongan penuh GMS, perkakasan dalaman lebih matang serta ciri AI yang canggih maka Honor Magic V5 mungkin pilihan yang lebih sesuai. Namun, jika anda lebih menghargai kualiti binaan premium, pengalaman kamera yang baik, paparan OLED yang terang dan prestasi yang lancar maka Mate X7 merupakan pilihan yang menarik untuk dipertimbangkan.


Pro

  • Selesa dipegang dan lebih ringan.
  • Paparan LTPO OLED berkualiti tinggi.
  • Ruang besar melalui memori 16GB RAM dan storan 1TB.
  • Kamera memuaskan dalam segmen telefon lipat.
  • Pengurusan bateri yang baik.
  • Kalis air serta debu IP59.

Kontra

  • Sukar dibuka kerana sisi terlalu nipis.
  • Audio speaker tidak seimbang.
  • Tiada sokongan GMS.
  • Perisian kurang matang.
  • Tiada sokongan 5G.
  • Harga kurang kompetitif.
Skor Huawei Mate X7



Source link