Malaysia Oversight

Ulasan Honor Magic8 Pro – Ada Magik, Wow dan Kuasa

By Amanz in November 28, 2025 – Reading time 9 minute
Ulasan Honor Magic8 Pro – Ada Magik, Wow dan Kuasa


Tahun 2025 ialah tahun fotografi untuk peranti Android. Oppo dengan Hasselblad, Vivo dengan Zeiss, Xiaomi dengan Leica dan Realme dengan Ricoh. Maka adakah peranti tanpa kolaborasi dengan jenama kamera boleh menawarkan prestasi fotografi yang sama? Jawapan pendek kepada soalan ini untuk Honor Magic8 Pro ialah ya. Tetapi untuk jawapan lebih panjang sila baca ulasan penuh di bawah.

Honor Magic8 Pro L

SPESIFIKASI

Honor Magic8 Pro
Skrin 6.71″ LTPO OLED, 120Hz 1256 x 2808  pixel Dolby Vision, HDR10+, HDR Vivid
Pemproses Snapdragon 8 Elite Gen 5
Cip 2 x 4.6 GHz Oryon V3 Phoenix L 6 x 3.62 GHz Oryon V3 Phoenix M
Cip Grafik Adreno 840
RAM 12/16 GB LPDDR5X
Muatan Dalaman 512/1000 GB UFS 4.1
Kamera Utama 50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar) 50MP f/2.0 (Ultra Lebar) 200MP f/2.6, OIS (Telefoto 3.7x) 4K@120fps
Kamera Swafoto 50MP f/2.0 4K 60FPS
Bateri 7100 mAh SiC Pengecasan berwayar 100W Pengecasan nirwayar 80W Pengecasan berbalik 5W
SIM/Telefoni Nano/eSIM
NFC Ya
Bicu Audio Tiada
Kalis Air IP68/IP69K
Sistem Imbasan Pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik Imbasan wajah 3D
Harga Jualan RM4599 (12/512 GB) RM5199 (16/1000 GB)

SKRIN

Skrin sebesar 6.71″ LTPO OLED mempunyai sedikit lengkung pada bahagian sisi tetapi ia tidak. mengganggu pengalaman penggunaan peranti. Bezel adalah nipis ada keempat-empat sudut membuatkan wajah peranti sentiasa simetri responsif dengan kadar segar semula sehingga 120Hz memberikan pengalaman menatal kandungan dengan lancar. Sistem haptiknya juga cemerlang kerana terasa 3D dengan dapat dirasakan getaran realistik.

Honor Magic8 Pro C

Panel OLED cukup terang untuk digunakan di bawah matahari yang terang. Kandungan HDR Dolby Vision dan HDR10+ disokong pada aplikasi penstriman utama seperti Netflix dan Prime Video. Penghasilan semula warna juga cukup baik.

Harus diakui lubang kamera pada skrin ini agak besar dan mengganggu apabila memainkan permua. Tetapi ini ialah bayaran untuk mendapatkan sistem imbasan wajah 3D. Ia adalah isu yang juga harus dihadapi pengguna .

BIOMETRI

Sistem biometri adalah imbasan wajah 3D yang jarang sekali ditawarkan pada Android dengan ia setanding dengan pengalaman saya menggunakan Face ID. Ia amat pantas menyahkunci peranti walaupun dalam keadaan gelap. Pengimbas cap jari ultrasonik yang diletakkan bawah skrin juga pantas. Kedudukannya cukup ergonomik tanpa mendatangkan kesukaran sepanjang tempoh peranti ini dilulas.

Honor Magic8 Pro E

REKAAN

Trend rekaan telefon sejak tahun lalu ialah menyerupai tubuh . Ini ialah rekaan yang paling selesa dan ergonomik sehingga turut digunakan pada Magic8 Pro. Dari sudut positif saya rasakan peranti ini amat selesa dipegang dengan sisi logam yang berkotak. Terasa sangat solid dalam tangan kerana ianya “berat” memberikan perasaan anda memegang peranti mahal. Sudut negatif pastinya ialah Honor seperti tiada identiti. Ini tidak dibantu oleh siri Honor 500 yang nampak macam Air.

Honor Magic8 Pro I

Butang laras audio, kuasa dan butang kamera diletakkan pada sisi kanan. Ya ada butang kamera juga seperti iPhone. Melancarkan kamera semudah menekan butang kamera ini sebanyak dua kali dengan kawalan kamera boleh dilakukan menerusi butang yang sama.

Dua speaker stereo menembak ke sisi memberikan audio yang seimbang. Pada bahagian bawah diletakkan talam SIM dan port pengecasan USB-C. Port ini menyokong protokol pemindahan USB 3.2 yang lebih pantas berbanding USB 2.0 yang disokong kebanyakan peranti di luar sana.

Honor Magic8 Pro G

Panel belakang diperbuat daripada polikarbonat dengan kemasan seakan logam. Ini adalah bagi membawakan sokongan pengecasan nirwayar. Kemasan belakang tidak berkilat maka tidak mengumpul kotoran dengan mudah.

Bahagian belakang didominasi oleh bonggol kamera besar yang menempatkan tri kamera dan juga pemancar infra merah. Saiznya besar tetapi di tengah-tengah makan peranti masih akan stabil apabila diletakkan di atas permukaan meja. Kesemua lensa kamera dilindungi oleh panel kaca besar yang membuatkan saya tidak risau masalah lensa akan tercalar.

Honor Magic8 Pro F

Kerana semua peranti moden kini mempunyai bonggol kamera gergasi adalah ia masih mendatangkan isu kepada anda? Bagi saya ia kini sudah menjadi alah bisa tegal biasa. Kita belajar sahaja hidup dalam dunia pasca-bonggol seperti kita hidup dalam dunia pasca bicu audio, tiada sokongan microSD dan bateri yang boleh ditanggalkan.

Tubuh melepasi piawaian IP68/IP69K yang tertinggi pernah diberikan pada peranti Honor. Tahun ini, IP69K sudah menjadi piawaian standard. Tak akan masalah peranti ini terjatuh dalam longkang atau digunakan ketika hujan.

Honor Magic8 Pro H
Bonggol kamera dengan pemancar IR

Tubuh kalis air dan debu ini masih agak nipis walaupun menempatkan bateri sebesar 7100 mAh dari jenis SiC. Bukanlah kapasiti yang terbesar dalam kalangan peranti mercu tetapi ini adalah jauh lebih besar berbanding 5850 mAh pada Magic7 Pro. Pengecasan masih kekal 100W secara berwayar dan 80W secara nirwayar serta boleh mengecas berbalik sehingga 5W untuk TWC, cincin pintar dan jam tangan pintar.

OnePlus 15 F
Butang Plus Key

Perisian – MagicOS 10

Peranti menggunakan MagicOS 10 berasaskan Android 16 yang merupakan versi paling terkini. Perubahan pada elemen antaramuka yang dilakukan oleh Honor adalah kecil tetapi memberikan impak besar berbanding MagicOS 9. Di awal ulasan ini saya katakan rekaan tubuh Magic8 Pro adalah seperti iPhone. MagicOS 10 pula nampaknya terkena tempias Liquid Glass yang digunakan iOS 26.

Elemen pada Quick Setting kini mempunyai kesan kabur Gaussian yang membuatkan peranti nampak hampir menyerupai iOS 26. Tiada kesan lutsinar Liquid Glass tetapi amat mirip dengan mod Frosted pada iOS 26. Adakah ini perkara negatif? Mungkin dari sudut kreativiti tetapi trend ini juga boleh dilihat pada pelancar peranti Android lain.

Honor Magic8 Pro D

Kotak-kotak tetingkap, multi tugas dan pelbagai elemen dalam tetapi kini lebih dibulatkan. Sedikit menyimpan daripada Google Material Expressive yang saya gunakan pada Pixel 10 Pro XL tempoh hari. Sebagai pengguna tegar Android saya akui saya lebih sukakan antaramuka siri Pixel 10 tetapi ini ialah persoalan mengenai pilihan peribadi. Yang penting pada hemat saya MagicOS 10 lebih sedap dipandang berbanding MagicOS 9. Keseluruhannya nampak lebih classy dan kemas tahun ini.

Honor Magic8 Pro MagicOS 10 01

Terdapat juga sokongan menghantar fail rentas sistem operasi Android, iOS, HarmonyOS dan Windows lebih awal daripada yang baru sahaja diberikan oleh Google. Trend pengeluar menyokong ekosistem dan Huawei adalah amat menarik bagi mereka yang memang agnostik kepada sistem operasi. Ia pembebasan daripada perlu menggunakan satu ekosistem sahaja. Syarikat lebih awal memberikan pilihan ini yang menjadikan mereka lebih selari dengan keperluan DMA yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Honor Magic8 Pro MagicOS 10 02

Ciri AI tidak ketinggalan kerana kita kini hidup di zaman pasca membuat kerja sendiri dan bergantung kepada AI sebagai ganti. Honor AI menawarkan ciri Magic Text, Magic Portal, AI Translate, Call Translation, AI Writing, AI Deepfake Detection dan banyak lagi. Malahan ciri melakukan animasi daripada gambar turut dibawakan kembali selepas menjadi bualan ramai pada siri Honor 400 beberapa bulan lalu.

Prestasi ciri Honor AI adalah setanding dengan yang ditawarkan peranti Android lain dan beberapa ratus langkah ke hadapan berbanding Intelligence. Bagi peminat ekosistem Google, terdapat ciri menyeru Gemini dengan butang kuasa dan Google Circle to Search secara terbina.

Honor menjanjikan sokongan kemas kini 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti pada siri Magic yang meletakkan setanding dengan Samsung dan Google.

PENANDA ARAS

Honor Magic8 Pro ialah telefon ketiga memasuki pasaran Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan storan UFS 4.1 dan memori LPDDR5X. Spesifikasi yang adalah amat mercu tahun ini. Oleh itu ia amat serasi dibandingkan dengan peranti serta cip di bawah ini.  

  • Dimensity 9500 – Vivo X300 Pro
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 – OnePlus 15
  • Tensor G5 – Google Pixel 10 Pro XL
  • Dimensity 9500 – Oppo Find X9 Pro
  • Apple A19 Pro – Apple iPhone 17 Pro
  • Snapdragon 8 Elite for Galaxy – Samsung Galaxy S25 Ultra
  • MediaTek Dimensity 9400 – Oppo Find X8 Pro
  • Apple A18 Pro – Apple iPhone 16 Pro Max

AnTuTu 3D

Cip Skor
Honor Magic8 Pro 3,424,247
Vivo X300 Pro 3,507,869
OnePlus 15 3,720,096
Google Pixel 10 Pro 1,214,735
Oppo Find X9 Pro 3,472,342
Apple iPhone 17 Pro 2,634,345
Samsung Galaxy S25 Ultra 1,946,864
Oppo Find X8 Pro 2,629,017
Apple iPhone 16 Pro Max 1,720,751
Honor Magic8 Pro Antutu 3D

Geekbench 6

Cip Satu Teras Multi Teras
Honor Magic8 Pro 3587 9853
Vivo X300 Pro 3507 10469
OnePlus 15 3553 10484
Google Pixel 10 Pro 2303 6134
Oppo Find X9 Pro 3158 9298
Apple iPhone 17 Pro 3560 8835
Samsung Galaxy S25 Ultra 2957 9435
Oppo Find X8 Pro 2663 8959
Apple iPhone 16 Pro Max 3359 8129
Honor Magic8 Pro Geekbench 6

3DMark Wildlife Extreme

Cip Skor
Honor Magic8 Pro 7659
Vivo X300 Pro 7075
OnePlus 15 6741
Google Pixel 10 Pro 3266
Oppo Find X9 Pro 6127
Apple iPhone 17 Pro 5873
Samsung Galaxy S25 Ultra 6135
Oppo Find X8 Pro 6251
Apple iPhone 16 Pro Max 4560
Honor Magic8 Pro 3DMark Wildlife Extreme 1

Snapdragon 8 Gen 5 pada Magic8 Pro adalah kompetitif dengan yang digunakan pada OnePlus 15 dan juga Dimensity 9500 pada Vivo X300. Peranti boleh menjalankan aplikasi lazim tanpa isu dan permua seperti Genshin Impact, dan COD Mobile pada tetapan tinggi tanpa sebarang isu. Tiada isu pemanasan serius sepanjang tempoh ulasan. Hanya sekadar suam selepas 30 minit.

Peranti juga tidak menjadi ketuhar selepas mengambil banyak gambar. Sistem penyejukan terbina Magic8 Pro melakukan tugas yang baik memastikan peranti tidak menjadi terlalu panas. Dalam ujian Antutu 3D misalnya, peranti lebih sejuk selepas ujian tamat berbanding OnePlus 15. Mungkin ini menjadi faktor skor yang dicatatatkan sedikit lebih rendah,.

Honor Magic8 Pro M

Dengan storan UFS 4.1, memuat turun, memasang dan melancarkan aplikasi adalah pantas. Tak perlu menunggu lama. Memori LPDDR5X juga memastikan tiada isu segar semula atau sela masa. Honor RAM Turbo menambah RAM maya sehingga 12GB. Honor tidak membenarkan saiz memori maya ini diubah berbanding yang ditawarkan Samsung, Oppo, OnePlus, Vivo dan Xiaomi.

KAMERA

Kamera utama terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra lebar 50MP dan telefoto 200MP dengan zum sehingga 3.7 secara optikal atau 100X secara digital. Di hadapan pula kamera swafoto sebesar 50MP. Di atas kertas spesifikasi sensor adalah sama dengan Magic7 Pro. Perubahan hanya dilakukan pada kemampuan zum optikal dan tiada lagi apertur boleh ubah pada lensa sudut lebar.

Honor Magic8 Pro K

Sungguhpun begitu tahun ini keutamaan diberikan kepada perisian kamera yang meningkatkan ciri pasca proses. Hasilnya gambar nampak lagi hidup serta tajam. Sebelum ini saya mengkritik kamera ialah kelemahan ketara Honor. Tahun ini saya tidak mampu mengkritik kerana hasil tangkapan gambar memang amat baik. Tajam, hidup dan sangat impresif khususnya dalam mod malam. Contoh adalah seperti di bawah.

Warna nampak cukup hidup dan saya akui tidak tepat seperti situasi sebenar. Ini bukan isu bagi orang seperti saya yang lebih gemarkan gambar nampak cantik dan bukan asli SOOC. Imej juga tajam tak kira malam atau siang.

Honor Magic8 Pro sample B
Honor Magic8 Pro 36
Honor Magic8 Pro 3
Honor Magic8 Pro 34
Honor Magic8 Pro 6
Honor Magic8 Pro 12
Honor Magic8 Pro 17

Kamera boleh melakukan zum sehingga 100X menerusi mod digital. Selalunya saya lakukan ujian zum pada waktu siang kerana pada waktu malam dedahan yang diperlukan menghasilkan imej yang lebih kabur. Tetapi pada Magic8 Pro dalam mod malam sekalipun zum adalah amat memuaskan. Sistem pasca proses gambar pada peranti ini saya rasakan setanding dengan Pixel 10 Pro XL. Adaka

Honor Magic8 Pro 24
Honor Magic8 Pro 25
Honor Magic8 Pro 27
Honor Magic8 Pro 26
Honor Magic8 Pro 26 1

BATERI

Bateri 7100 mAh boleh bertahan sepanjang hari dan pernah beberapa kali bertahan hampir dua hari sepanjang tempoh ulasan. Dalam penggunaan sederhana mendapatkan SOT lebih 10 jam adalah satu kebiasaan. Pengecasan SuperCharge 100W yang disokong membolehkan bateri dicas semula dalam masa sekitar 50 minit yang amatlah pantas. Pengecasan nirwayar pula adalah sehingga 80W dan berbalik pula adalah 5W. Honor memberikan pengecas 100W dalam kotak dengan ia berkepala USB-A.

Honor Magic8 Pro A

AUDIO

Bukan sekadar kamera, bateri dan perisian menerima penaiktarafan signifikan tahun ini. Audio juga perlu diberikan pujian kerana sebelum ini peranti Honor mempunyai isu tidak cukup kuat. 100% pada peranti Honor adalah sama seperti 70% pada peranti lain. Peranti masih tiada Dolby Atmos tetapi sistem Honor kali ini cukup lantang.

Dalam mod 3D Surround Sound pementasan terasa lebih luas dan audio kedengaran lebih memuaskan. Tiada lagi isu audio kedengaran rata. Ini dibantu juga dengan speaker stereo kedua-duanya menembak ke sisi.

Honor Magic8 Pro J

DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.

  • 1x Honor Magic8 Pro
  • 1x Pengecas SuperCharge 100W USB-A
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Kerangka plastik
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.

KESIMPULAN

Honor Magic8 Pro tahun ini bukan sahaja ada magik pada perisian tetapi juga ada wow pada kemampuan kamera dan kuasa pada cip pemproses. Tambahan lagi bateri yang sangat tahan lama serta audio yang dipertingkatkan berbanding model Magic yang lain.

Honor Magic8 Pro B

Kelemahan hanya kecil iaitu rekaan tak banyak berubah dengan tahun lalu. Tetapi jika konsumer boleh maafkan Apple dan Samsung melakukan perkara ini, tak ada sebab tak boleh tutup sebelah mata bila Honor melakukannya juga.

Dengan harga jualan RM4599 untuk 16/512 GB dan RM5199 untuk 16/1000 GB, ia ditawarkan pada harga yang kompetitif dengan spesifikasi yang ditawarkan.

Pro

  • Rekaan premium sangat selesa dan tidak mudah kotor.
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 memang paling berkuasa setakat ini.
  • Kombinasi RAM dan storan pantas.
  • Kemampuan kamera yang baik.
  • Kalis air dan debu IP69K
  • Bateri 7100 mAh tahan lama dan menyokong pengecasan pantas 100W.
  • Sokongan 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti.

Kontra

  • Rekaan sama seperti tahun lalu.
  • Antaramuka banyak mengambil “inspirasi” daripada iOS 26
Skor Honor Magic8 pro



Source link