Malaysia Oversight

Ulasan Honor 400 Lite – Ada Butang Fizikal Khas Untuk Kamera

By Amanz in May 8, 2025 – Reading time 9 minute
Ulasan Honor 400 Lite – Ada Butang Fizikal Khas Untuk Kamera


Honor 400 Lite kini dijual di Malaysia pada harga RM1299. Peranti ini menawarkan ciri-ciri menarik untuk pengguna yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan harga. Dalam kategori peranti kelas pertengahan, terdapat banyak pilihan lain, jadi pengguna perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan pembelian. Oleh itu, artikel ini akan mengulas kelebihan dan kekurangan peranti ini, serta menilai sejauh mana ia memenuhi keperluan pengguna moden.

Honor 400 Edited

Spesifikasi Dan Penggunaan

Honor 400 Lite
Skrin AMOLED, 120Hz 6.7-inci, 1080 x 2412 piksel, nisbah aspek 20:9 (~394)
Pemproses Mediatek Dimensity 7025 Ultra (6 nm)
Cip 2 x 2.5 GHz Cortex-A78 6 x 2.0 GHz Cortex-A55
Cip Grafik IMG BXM-8-256
RAM 8GB RAM 8GB RAM Maya
Muatan Dalaman 256GB
Kamera Utama 108 MP, f/1.8, (lebar) 5MP, f/2.2 (ultra-lebar)
Kamera Depan 16 MP, f/2.5, (lebar)
Bateri 5230 mAh Berwayar 35W
SIM/Telefoni Dwi SIM Nano
NFC Ya
Infra Merah Tiada
Kalis Air IP65
Sistem Imbasan Imbasan cap jari Imbasan wajah
Harga Jualan RM 1,299 (8/256GB)

Honor telah menggunakan istilah iPhone Killer dalam mempromosikan peranti ini kerana dianggap mempunyai reka bentuk yang menyerupai . Namun, berdasarkan pemerhatian saya, peranti sebenarnya lebih mirip kepada Huawei Pura70. Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada bonggol kamera di bahagian belakang serta susunan kameranya. Bonggol berbentuk tiga segi ini menyerupai reka bentuk yang digunakan pada Pura70 sebelum ini.

Honor 400 Edited 2

Selain itu, satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah peranti ini hanya dilengkapi dengan dua kamera utama manakala satu lagi hanyalah lampu LED Flash. Meskipun begitu, masih terdapat elemen yang menyerupai pada peranti ini, iaitu sokongan butang fizikal khusus untuk kamera yang dikenali sebagai AI Camera Button. Butang ini berfungsi seperti yang telah diperkenalkan oleh dan Oppo sebelum ini, yang membolehkan pengguna mengawal kamera dengan lebih mudah.

Dari sudut teknikal, AI Camera Button ini dilengkapi dengan sensor tekanan dan sentuhan bagi membolehkan kawalan kamera yang lebih tepat dan responsif. Apabila ditekan sekali, ia akan membuka aplikasi kamera, manakala jika ditekan lama, ia akan memulakan rakaman video. Selain itu, pengguna turut boleh menggunakan kawalan jari untuk melakukan zoom menjadikannya lebih lancar dan mudah berbanding kawalan biasa pada skrin sentuh.

Honor 400 Edited 5

Keunikan lain yang ditawarkan oleh AI Camera Button ialah keupayaannya berfungsi walaupun pengguna memakai sarung tangan, serta kebolehannya digunakan dalam keadaan basah atau di bawah air dengan perlindungan tertentu. Ini menjadikannya lebih sesuai untuk fotografi dalam pelbagai keadaan. Selain itu, ia boleh digunakan dalam posisi menegak lantas memberikan kelebihan berbanding peranti Oppo yang hanya boleh digunakan dalam keadaan mendatar.

Dari segi prestasi, butang ini berfungsi dengan cukup responsif. Namun dari sudut pengalaman pengguna, terdapat sedikit kelemahan dalam peralihan zoom, di mana terdapat kesan peralihan mendadak antara satu tahap zoom ke tahap yang lain, yang boleh menjejaskan kelancaran penggunaan secara keseluruhan.

Honor 400 Edited 6

Honor 400 Lite direka dengan keutamaan terhadap keselesaan pengguna, melalui reka bentuk yang ringan serta ergonomik, bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih selesa tanpa sebarang bebanan. Dengan keseimbangan reka bentuk yang baik, peranti ini mampu memberikan genggaman yang selesa dan stabil sepanjang tempoh penggunaan.

Pada masa yang sama, ia turut membolehkan penggunaan yang lebih baik tanpa risiko tergelincir. Selain itu, sepanjang tempoh penggunaan, peranti ini hampir tidak terasa dalam genggaman namun masih kukuh dalam pegangan tangan yang menjadikannya mudah dikendalikan ketika digunakan.

Honor 400 Edited 8

Dari aspek binaan, kemasan dan rekaannya menampilkan ciri-ciri sebuah model premium dengan konsep yang kemas dan bergaya. Peranti ini juga selesa untuk dipegang serta tidak menimbulkan sebarang isu walaupun digunakan dalam tempoh yang lama. Jika dibandingkan dengan 14, peranti ini memberikan pengalaman genggaman yang lebih ringan, sekali gus menjadikannya lebih mesra pengguna untuk penggunaan harian.

Walaupun tubuh peranti diperbuat daripada plastik, penggunaan kemasan pusam tetap memberikan sentuhan yang menarik. Pilihan warna yang tersedia juga kelihatan eksklusif, meskipun hadir dengan rekaan yang ringkas. Selain itu, peranti ini dilengkapi dengan perlindungan kalis air dan debu bertaraf IP65, menjadikannya aspek penting bagi pengguna yang mengutamakan ketahanan tambahan. Secara keseluruhan, Honor 400 Lite memberikan keseimbangan antara reka bentuk yang ringan dan bergaya serta pengalaman penggunaan yang selesa.

Honor 400 Edited 7

Honor 400 Lite masih mengekalkan spesifikasi skrin yang sama seperti model terdahulu, iaitu Honor 200 Lite. Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7 inci yang menyokong resolusi 1080 x 2412 piksel (FHD+) untuk memberikan paparan yang terang dan tajam. Walaupun tahap kecerahan maksimum tidak didedahkan secara rasmi namun pengalaman visual secara keseluruhan terasa memuaskan.

Selain itu, Honor 400 Lite hadir dengan kadar segar semula 120Hz, yang merupakan peningkatan berbanding 90Hz yang digunakan pada Honor 200 Lite. Sokongan ini memastikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, terutamanya semasa menatal menu atau aplikasi seperti media sosial, sekali gus meningkatkan keselesaan dalam penggunaan harian.

Honor 400 Edited 10

Warna yang dipaparkan kelihatan terang dan seragam, menjadikan kandungan visual lebih menarik untuk dilihat. Namun begitu, skrin peranti ini masih belum setanding dengan model mercu yang menawarkan paparan berkualiti lebih tinggi serta teknologi skrin yang lebih canggih.

Dari segi audio, Honor 400 Lite hanya dilengkapi dengan pembesar suara mono yang diletakkan di bahagian bawah peranti. Walaupun kualitinya memadai untuk menonton filem atau mendengar podsiar, namun pengalaman audio yang ditawarkan mungkin kurang memuaskan bagi pengguna yang mengutamakan kualiti bunyi yang lebih tinggi terutamanya ketika mendengar muzik.

Honor 400 Edited 4

Ketiadaan pembesar suara stereo turut menyebabkan pengalaman audio kurang seimbang terutamanya apabila digunakan dalam persekitaran yang bising. Namun begitu, penggunaan fon kepala atau fon telinga boleh menjadi alternatif menarik bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman audio yang lebih baik.

Butang kuasa dan kawalan audio pula ditempatkan di bahagian sisi kanan, manakala bahagian kiri menempatkan ruang untuk slot kad SIM nano tanpa sokongan microSD. Peranti ini juga tidak dilengkapi dengan sensor inframerah, sebaliknya hanya mempunyai lubang mikrofon di bahagian atas.


Perkakasan Dan Perisian

Honor 400 Edited 9

Honor 400 Lite dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7025 Ultra (6 nm), iaitu cip pemproses kelas pertengahan yang menawarkan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan tenaga. Ia dilengkapi dengan konfigurasi lapan teras, merangkumi empat teras berkelajuan 2.5 GHz untuk tugasan berprestasi tinggi serta empat teras berkelajuan 2.0 GHz bagi memastikan penggunaan tenaga yang lebih cekap.

UI HONOR 400 Lite E

Dengan gabungan ini, peranti sepatutnya dapat digunakan untuk pelbagai keperluan, sama ada melayari web atau menjalankan beberapa tugas tanpa menjejaskan kelancaran penggunaan. Pilihan memori yang tersedia ialah 8GB RAM dengan storan dalaman sebesar 128GB tanpa sokongan untuk kad microSD. Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan RAM maya sebanyak 8GB dan tidak boleh diubah.

AnTuTu 3D

Cip Pemprosesan Skor
Dimensity 7025 Ultra 396,694
Dimensity 6300 456,737
Dimensity 7020 450,320

Geekbench 6

Cip Pemprosesan Skor
Dimensity 7025 Ultra 945/2104
Dimensity 6300 787/1992
Dimensity 7020 1120/3338

3DMark Wildlife Extreme

Cip Pemprosesan Skor
Dimensity 7025 Ultra Tidak boleh diuji
Dimensity 6300 386
Dimensity 7020 Tidak boleh diuji

Dalam aspek permainan, peranti ini telah diuji dengan beberapa permainan utama. Honor 400 Lite mampu menjalankan permainan Honor of Kings (HOK) dengan kadar 60FPS yang konsisten, dengan sedikit penurunan ke sekitar 57-59 FPS yang masih mengekalkan kestabilan. Selain itu, peranti ini tidak mengalami masalah pemanasan yang ketara serta tidak menunjukkan isu lengah masa yang melampau meskipun dalam situasi serangan berskala besar.

Bagi permainan Genshin Impact, tetapan lalai yang disarankan ialah pada tahap rendah (Low) bagi memastikan kestabilan prestasi. Meskipun begitu, permainan masih boleh dijalankan pada tetapan yang lebih tinggi dengan beberapa kompromi dari segi kelancaran. Pada tetapan sederhana atau tinggi, kadar bingkai mungkin mengalami sedikit penurunan bergantung pada keadaan permainan, namun masih berada dalam julat yang boleh diterima untuk pengalaman permainan yang memuaskan.

UI HONOR 400 Lite A

Honor 400 Lite turut menjalankan perisian MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15. Peranti ini menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar serta dilengkapi dengan antaramuka yang menyerupai EMUI, khususnya pada bahagian panel pemberitahuan. Perubahan paling ketara pastinya berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI), sebagaimana yang telah dinyatakan dalam beberapa ulasan peranti sebelum ini.

UI HONOR 400 Lite B

Antara ciri yang diperkenalkan termasuk AI Notes yang memudahkan pengguna merakam nota penting, seperti minit mesyuarat secara automatik dengan sokongan suara-ke-teks serta terjemahan masa nyata bagi pelbagai bahasa. Sementara itu, AI Translate menawarkan terjemahan masa nyata bagi memastikan komunikasi lebih lancar tanpa halangan bahasa. Terdapat juga AI Magic Portal yang membolehkan saya mengakses perkhidmatan dengan lebih pantas melalui gerak isyarat mudah.

Dengan hanya menekan dan menyeret kandungan ke tepi skrin, saya boleh terus membuka aplikasi atau perkhidmatan disokong tanpa perlu melalui langkah tambahan. Sebagai contoh, saya boleh menekan dan menyeret kandungan teks yang dipaparkan pada skrin secara langsung ke aplikasi Notes untuk membuat maklumat tambahan. Begitu juga dengan gambar atau video, yang boleh dikongsi dengan mudah melalui AI Magic Portal.

UI HONOR 400 Lite c

Selain itu, AI Photo Editor pula menyediakan kemudahan dalam proses suntingan gambar dengan kebolehan untuk mengasingkan subjek daripada imej, memadam objek yang tidak diingini, serta memulihkan wajah lama atau yang rosak. Terdapat juga fungsi AI Outpainting, yang membolehkan saya menambah ruang pada gambar bagi mencipta konteks yang lebih menarik.

UI HONOR 400 Lite D

Kamera Dan Kualiti Gambar

Honor 400 Lite hadir dengan kamera utama yang terdiri daripada lensa 108MP dan lensa sudut lebar 5MP. Berbanding Honor 200 Lite, ia dianggap sebagai turun taraf kerana tiada sensor ketiga makro 2MP walaupun masih mengekalkan konfigurasi asas yang sama. Namun, hal ini sebenarnya bukan isu besar kerana sensor makro 2MP lazimnya hanya berfungsi sebagai gimik semata-mata. Kamera utama juga menyokong rakaman video dalam resolusi 1080P dengan mod skrin bernisbah 21:9.

Honor 400 Edited 3

Aplikasi kamera menyediakan beberapa fungsi terbina seperti Night, Portrait, Photo, Video, Pro, dan More. Selain itu, terdapat juga mod tambahan seperti AI Motion Sensing Capture, yang sebelum ini dipopularkan dalam siri Magic. Teknologi kecerdasan buatan (AI) serta HDR terbina dalam kamera ini berfungsi untuk memastikan gambar yang diambil mempunyai imbangan cahaya yang baik serta berkualiti. Sementara itu, kamera hadapan dilengkapi dengan sensor beresolusi 16MP, yang merupakan satu lagi penurunan taraf berbanding Honor 200 Lite, yang hadir dengan sensor 50MP.

hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 26
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 25
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 30
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 29
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 31
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 22

Kamera Honor 400 Lite mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam pelbagai mod penggunaan. Dalam mod penggambaran biasa, terdapat perbezaan warna yang tidak sekata apabila beralih daripada sudut lebar (wide) kepada zum. Selain itu, ketajaman imej yang berlebihan boleh menyebabkan hasil gambar akhir kelihatan kurang semula jadi.

hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 4
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 14
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 15
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 18
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 19
IMG 20250504 130434

Dalam mod potret, warna yang dihasilkan kelihatan lebih lembut. Namun, pengalaman penggunaan sedikit mencabar akibat isu lengah masa semasa mod ini diaktifkan. Meskipun begitu, kamera masih mampu memisahkan subjek daripada latar belakang dengan baik, dengan ketepatan edge detection yang berfungsi secara efektif. Bagaimanapun, kesan kabur latar (bokeh) yang dihasilkan hanya berada pada tahap sederhana dan mungkin kurang menyerlah bagi pengguna yang mengharapkan hasil yang lebih memuaskan.

hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 8
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 9
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 10

Dari segi pencahayaan dan kejelasan, kamera ini berupaya menangkap cahaya terang dengan baik, seperti yang dapat dilihat pada gambar papan tanda kedai, di mana teksnya kelihatan tajam dan jelas. Namun, dalam mod sudut lebar (wide), terdapat sedikit kelemahan. Imej kelihatan pecah di bahagian tepi, yang boleh menjejaskan keseluruhan kualiti gambar apabila diambil dari perspektif yang lebih luas.

hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 23
hasil gambar HONOR 400 Lite amanz 24

Secara keseluruhan, kamera Honor 400 Lite mempunyai beberapa kelebihan, seperti kebolehan menangkap pencahayaan dengan baik serta ketepatan edge detection yang memuaskan dalam mod potret. Namun begitu, ia turut menghadapi beberapa kelemahan, termasuk perbezaan warna yang tidak sekata, ketajaman imej yang berlebihan, lengah masa dalam penggunaan mod potret, serta sedikit kehilangan kualiti imej dalam mod sudut lebar.


Bateri Dan Pengecasan

Honor 400 Edited 11

Honor 400 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 5230mAh, menawarkan ketahanan sepanjang hari untuk penggunaan harian. Sama ada menonton video, bermain permua, atau melayari media sosial, peranti ini mampu beroperasi dengan baik tanpa perlu kerap dicas. Dalam aspek pengecasan pantas, peranti ini menyokong teknologi 35W Honor SuperCharge, yang membolehkan bateri dicas semula dalam tempoh yang singkat. Ini memberikan kelebihan kepada pengguna yang sentiasa bergerak dan memerlukan peranti yang dapat beroperasi semula dengan pantas.


Pesaing

Honor 400 Lite Infinix Note 40 Pro Oppo A3 Pro
6.7″ AMOLED, 1080 x 2412 piksel, 120Hz 6.78″ AMOLED, 1080 x 2436, FHD+, 120Hz 6.67″ LCD, 1604 x 720 pixel, 120Hz
Dimensity 7025 Ultra (6 nm) 2 x 2.5 GHz Cortex-A78 6 x 2.0 GHz Cortex-A55 Dimensity 7020 (6nm) 2x 2.2 GHz Cortex-A78 6x 2.0 GHz Cortex-A55 Dimensity 6300 (6nm) 2×2.4 GHz Cortex-A76 6×2.0 Ghz Cortex-A55
IMG BXM-8-256 IMG BXM-8-256 Mali-G57 MC2
8GB RAM 8GB RAM 8GB RAM
256GB ROM 256GB ROM 256GB ROM
Kamera Utama 108 MP, f/1.8, (lebar) 5MP, f/2.2 (ultra-lebar) Kamera Utama 108MP, f/1.7, OIS Sudut Lebar 2MP, f/2.4 2MP, f/2.4 Kamera Utama 50 MP, f/1.8 (Utama) 2 MP, f/2.4 (Potret) 
Kamera Hadapan 16 MP, f/2.5, (lebar) Kamera Hadapan 32 MP, f/2.2 Kamera Hadapan 8MP f/2.0
IP65 IP53 IP54
Tiada bicu audio Tiada bicu audio Bicu Audio
Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo
5230 mAh Berwayar 35W 55000 mAh Berwayar 45W 5100 mAh Berwayar 45W
RM 1,299 (8/256GB) RM1,098 (8/256 GB) RM1,099 (8/256GB)

Apa Di Dalam Kotak

Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

  • 1 x Honor 400 Lite.
  • 1 x Kepala Pengecas 35W.
  • 1 x Kabel USB-C ke USB-A.
  • 1 x Kerangka Silikon.
  • 1 x Manual Pengguna.
  • 1 x Pencungkil SIM.

Kesimpulan

Honor 400 Lite telah memasuki pasaran Malaysia dengan harga RM1299. Adakah ia berbaloi pada harga ini? Jawapannya bergantung kepada keperluan dan keutamaan pengguna. Bagi mereka yang mengutamakan ketahanan bateri serta kamera yang mampu menghasilkan gambar yang memuaskan, peranti ini boleh menjadi pilihan yang berbaloi. Namun, bagi pengguna yang mencari prestasi kamera yang lebih canggih tanpa sebarang kompromi, terdapat beberapa alternatif lain dalam julat harga yang sama yang mungkin lebih sesuai.


Kelebihan

  • Reka bentuk nipis dan ringan.
  • Skrin AMOLED 120Hz dengan visual yang lancar.
  • Bateri besar dengan ketahanan yang baik.
  • AI Camera Button yang membolehkan kawalan kamera lebih mudah.
  • Pelindungan kalis air dan debu IP65.

Kekurangan

  • Prestasi sederhana tidak setanding pesaing dalam julat harga yang sama.
  • Kamera tidak konsisten.
  • Binaan plastik mungkin kurang menarik bagi sesetengah pengguna.
  • Sistem pengecasan masih sama dengan model terdahulu.
Skor Honor 400 Lite



Source link