Malaysia Oversight

UAE Dan Mesir Rancang Penggunaan AI Dalam Penyampaian Fatwa

By Amanz in August 15, 2025 – Reading time 1 minute
UAE Dan Mesir Rancang Penggunaan AI Dalam Penyampaian Fatwa


Penggunaan kecerdasan buatan (AI) kini semakin meluas, bukan sahaja dalam kehidupan harian malah dalam urusan keagamaan. Terbaharu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir sedang meneroka kerjasama dalam bidang fatwa dengan memanfaatkan teknologi digital dan AI. Usaha ini bertujuan menilai potensi AI dalam menyampaikan fatwa yang relevan selaras dengan isu-isu kompleks yang dihadapi masyarakat moden.

UAE Dan Mesir Rancang Penggunaan AI Dalam Penyampaian Fatwa 1

Perbincangan ini melibatkan Pengerusi Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal , Wakaf dan Zakat UAE, Dr Omar Habtoor Al Darei, dan Mufti Besar Mesir, Dr Nazir Mohammed Ayyad. Selain itu, ia dihadiri oleh oleh Canselor Universiti Kemanusiaan Mohamed bin Zayed, Dr Khalifa Mubarak Al Dhaheri; Pemangku Setiausaha Agung Majlis Fatwa UAE, Dr Sabaa Salem Al Kaabi; serta beberapa pegawai agama dari kedua-dua negara.

Setakat ini, kaedah penggunaan AI dalam penyampaian fatwa belum diperincikan sepenuhnya. Secara teori, AI berpotensi meningkatkan ketepatan dan kecekapan dalam menjawab persoalan agama serta menganalisis keperluan masyarakat agar fatwa lebih relevan.

AI Kecerdasan Buatan

Namun, penggunaannya perlu ditangani dengan cermat. Ketepatan data dan kesahihan sumber hukum amat penting bagi mengelak kekeliruan. Kerjasama antara pakar agama dan teknologi diperlukan agar AI berfungsi sebagai alat sokongan, serta bukan pengganti pihak keagamaan.

Sebelum ini, mantan Mufti WP juga telah memperkenalkan ‘Ustaz AI’ dan ‘Ustazah AI’ sebagai inisiatif untuk membantu menjawab kemusykilan agama. Ia menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang baharu.

Astro Awani



Source link