Malaysia Oversight

U Mobile Syarikat Telekomunikasi Pertama Malaysia Tawar Perlindungan Penipuan Peringkat Rangkaian

By Amanz in December 29, 2025 – Reading time 1 minute
U Mobile Syarikat Telekomunikasi Pertama  Malaysia Tawar Perlindungan Penipuan Peringkat Rangkaian


U Mobile Syarikat Telekomunikasi Pertama Malaysia Tawar Perlindungan Penipuan Peringkat Rangkaian

December 29, 2025
Telekomunikasi

Effi Saharudin

U Mobile mengumumkan mereka adalah syarikat telekomunikasi pertama di negara Malaysia yang memberikan perlindungan penipuan berskala penuh merentasi keseluruhan rangkaiannya. Ia telah beroperasi sepenuhnya sejak Februari 2025, dengan inisiatif ini dilakukan menerusi kerjasama dengan Cellusys yang merupakan penyedia penyelesaian keselamatan isyarat, perayauan dan analisis.

Sehingga Disember 2025, U Mobile telah menyekat lebih 265 juta panggilan penipuan dan SMS palsu di seluruh negara merentasi rangkaian 5G dan 4G. Ancaman ini dihalang sebelum ia sampai kepada pelanggan.

U Mobile x Cellusys

Menggunakan penyelesaian Unified Signalling, SMS and Voice Firewall dari Cellusys, U Mobile berupaya menyekat percubaan penipuan di peringkat rangkaian. Ini bermakna, tidak seperti sistem penapisan generik, semua panggilan dan SMS masuk disaring melalui penyelesaian ini terlebih dahulu dan jika dianggap mencurigakan, akan disekat sebelum ia sampai ke peranti pelanggan.

Penyelesaian ini telah melindungi pelanggan U Mobile daripada panggilan penipuan yang menyamar sebagai pihak berkuasa dan institusi, serangan pancingan data SMS (smishing), identiti pemanggil yang dipalsukan atau dimanipulasi, dan kempen jenayah skala besar yang menyasarkan pengguna Malaysia.

Menurut Global Anti-Scam Alliance, 73% rakyat Malaysia telah melaporkan mengalami panggilan penipuan dan SMS palsu, yang merupakan antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara.



Source link