Ultra 5G oleh U Mobile adalah merujuk kepada kebolehan rangkaian 5G syarikat tersebut untuk digunakan tanpa masalah walaupun apabila anda berada didalam sebuah bangunan. Sejak membangunkan rangkaian 5G kedua negara, U Mobile juga telah membolehkan rangkaian 5G mereka digunakan dalam banyak bangunan di seluruh Malaysia.
Terkini, U Mobile telah mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan teknologi Ultra 5G ini di beberapa pusat membeli-belah di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur. Diantara lokasi-lokasi ini termasuklah Bangsar Shopping Center, Bangsar Village 1 dan Bangsar Village II.

Dalam pada itu, mutu rangkaian 5G U Mobile juga telah diperbaiki di sekitar Jalan Telawi, Jalan Bangkung and Jalan Penaga. Mereka telah bekerjasama dengan EdgePoint Towers untuk membina infrastruktur baru ini yang membolehkan rangkaian 5G dinikmati didalam dan diluar bangunan-bangunan yang dilaporkan.
Dalam pada itu, U Mobile juga telah membuka kedai fizikal terbaru mereka di Telawi Square, Bangsar yang membolehkan orang ramai untuk mendaftar akaun U Mobile, membeli peranti-peranti baru dan juga menerima khidmat pelanggan secara muka-ke-muka.






