Malaysia Oversight

TV Sony Akan Dikeluarkan Syarikat Baharu Dengan Kerjasama TCL

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
TV Sony Akan Dikeluarkan Syarikat Baharu  Dengan Kerjasama TCL


TV Sony Akan Dikeluarkan Syarikat Baharu Dengan Kerjasama TCL

January 20, 2026
Sony
TCL
TV

Effi Saharudin

Sony dan TCL menandatangani memorandum persetujuan untuk membentuk syarikat baharu yang akan mengeluarkan produk hiburan rumah. Syarikat baharu ini akan dipegang 51% oleh TCL dengan baki 49% akan dipegang oleh Sony. Produk TV dan audio yang akan dikeluarkan pula akan kekal menggunakan penjenamaan Sony dan Bravia.

SONY BRAVIA XR Lineup

Nama syarikat baharu yang akan dibentuk belum diumumkan dengan Sony dan TCL akan meneruskan perbincangan ke arah melaksanakan perjanjian pengikatan muktamad menjelang akhir Mac 2026. Tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian muktamad dan kelulusan kawal selia yang berkaitan serta syarat-syarat lain, syarikat baharu itu dijangka memulakan operasinya pada April 2027.

Syarikat baharu ini akan memanfaatkan teknologi gambar dan audio berkualiti tinggi Sony sambil memanfaatkan teknologi paparan termaju, kelebihan skala global, jejak industri, kecekapan kos dan kekuatan rantaian bekalan TCL.

Ini sekaligus akan menamatkan era Sony mengeluarkan sendiri kelengkapan audio visual mereka sejak radio pertama TR-55 dijual pada tahun 1955. Tahun lalu Sony juga berhenti mengilangkan telefon pintar sendiri dengan semua peranti Xperia dikeluarkan oleh OEM. Ia bermula buruk dengan barisan pertama Xperia 1 VIII menghadapi pelbagai isu apabila diterima pembeli awal.



Source link