TuneTalk Tawar Kad SIM Percuma Melalui Kerjasama BHPetrol
Amy Maizuraa
TuneTalk kini menawarkan kad SIM Epik+ 35 atau Epik+ 50 secara percuma melalui kerjasama dengan BHPetrol. Kempen ini berlangsung sehingga 30 November 2026 dan penebusan boleh dilakukan dengan mudah di mana-mana BHPetromart di seluruh Malaysia. Penawaran juga tersedia untuk semua pelanggan yang mendaftar talian prabayar TuneTalk baharu atau memindahkan nombor sedia ada mereka.

Lebih menarik, selepas proses pendaftaran selesai melalui aplikasi TuneTalk, pelanggan akan menerima baucar percuma dalam bentuk eBaucar bernilai RM5 atau RM3. eBaucar tersebut boleh digunakan untuk kebanyakan pembelian di BHPetromart kecuali bagi perkhidmatan tambah nilai, cuci kereta, produk tembakau dan pembayaran bil utiliti. Baki baucar tidak akan dikembalikan dan setiap pengguna hanya layak menebus satu baucar sahaja.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





