Malaysia Oversight

TM Roh : Galaxy AI Telah Ditawarkan Melalui 400 Juta Peranti Pintar Secara Global

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
TM Roh : Galaxy AI Telah Ditawarkan Melalui 400 Juta Peranti Pintar Secara Global


Pada tahun lepas, Samsung dilihat telah banyak memfokuskan pembangunan dan pengenalan teknologi AI pada banyak produk-produk mereka. Malah, baru-baru ini, CEO Samsung Electronics TM Roh telah mengatakan bahawa teknologi kecerdasan buatan Galaxy AI mereka telah ditawarkan kepada 400 juta produk dan peranti elektronik Samsung secara global.

Ini termasuklah pelbagai peranti-peranti pintar mereka, yang terdiri daripada telefon pintar, tablet, jam pintar dan lain-lain lagi. Malah, TM Roh mengatakan bahawa pada tahun ini, Samsung mahu meningkatkan angka tersebut ke 800 juta peranti di seluruh dunia, menjadikan Samsung sebagai pembekal peranti pintar AI yang terbesar.

TM Roh Samsung Malaysia C

Pembangunan Galaxy AI juga banyak bergantung kepada Google Gemini, iaitu pembantu AI keluaran Google sendiri. Ia juga merupakan pembantu AI yang paling popular digunakan di dunia setakat ini. TM Roh turut mengatakan bahawa berterima kasih kepada promosi dan pemasaran besar-besaran teknologi Galaxy AI, kesedaran mengenai teknologi tersebut kini sudah meningkat dari 30 peratus ke 80 peratus di kalangan pengguna Samsung dari tahun ke tahun.

Beliau turut yakin bahawa dalam tempoh enam bulan ke satu tahun yang akan datang, penggunaan teknologi AI dalam kehidupan harian pengguna akan meningkat dengan lebih banyak lagi, khususnya dengan kemajuan pesat yang sedang diperkenalkan pada teknologi tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga mengatakan bahawa Samsung dijangka akan menaikkan harga-harga pelbagai produk mereka, dari peranti pintar ke perkakasan rumah kerana isu bekalan memori yang sedang memebelenggu sektor peranti pengguna, walaupun syarikat itu juga membuat komponen memori dan storan mereka sendiri.

Reuters



Source link