Tim Cook Membeli Saham Nike Berjumlah Sekitar $3 Juta
Aman
CEO Apple, Tim Cook kini dilihat telah membeli saham syarikat pengeluar kasut popular, Nike sebanyak $3 juta. Ini sekaligus dilihat menggandakan pegangan Tim Cook pada Nike sebelum ini.
Pelaburan dan pembelian saham ini dilakukan atas kapasiti individu. Untuk makluman, Tim Cook sedia berada dalam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan sejak tahun 2005 yang lepas.

Nike pada tahun ini terus menghadapi cabaran dalam mengekalkan angka jualan mereka, terutamanya di China, dimana Nike menghadapi pelbagai cabaran daripada jenama-jenama lain dengan penawaran harga lebih kompetitif.
Dengan permulaan tahun 2026 ini, ia dijangka Nike akan terus perlu mengoptimasikan jualan dan pemasaran, disamping hadir dengan produk yang baik dalam terus memenangi hati pengguna – atau mungkin akan menghadapi masalah berterusan. Beberapa jenama dari China dilihat terus bersaing sihat dalam memperluaskan penawaran mereka ke pasaran global. Sebelum ini, ia diperkatakan Anta dan Li Ning sedang melihat untuk membeli jenama Puma.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






