Malaysia Oversight

TikTok Shop Disasar Menjadi Pedagang Tiga Teratas Di Dunia Menjelang 2030

By Amanz in February 25, 2026 – Reading time 1 minute
TikTok Shop Meningkatkan Yuran Komisen Berkuat-kuasa 13 September Untuk Penjual Tempatan



Logo TikTok Shop

TikTok Shop Disasar Menjadi Pedagang Tiga Teratas Di Dunia Menjelang 2030

February 25, 2026
Niaga

Aman

TikTok Shop merupakan ciri edagang pada aplikasi TikTok, membolehkan pengguna melakukan jual-beli dengan mudah melaluinya. Buat masa ini, TikTok Shop hanya ditawarkan di 17 buah negara sahaja, termasuk Malaysia. Tetapi, impak yang dibawanya dilihat tinggi, termasuk ramai yang telah mula menggunakan TikTok Shop sebagai platform edagang utama.

Mengikut kajian dan laporan terbaru, ia dijangka TikTok Shop akan menjadi peruncit atau pedagang tiga teratas di dunia menjelang tahun 2030 kelak. Sebelum ini, posisi berkenaan dipegang oleh Walmart, tetapi baru-baru ini Amazon telah mengatasinya dari segi pendapatan sepanjang 2025.

Menjelang 2030 kelak, Amazon dijangka menduduki tangga teratas, diikuti oleh Pinduoduo dari , dan pada tempat ketiga adalah TikTok Shop. Walmart dijangka menduduki tangga kelima pada ketika itu.

Sekiranya tepat, maka ini juga akan memperlihatkan TikTok menguasai sekitar 14.6% pegangan pasaran global untuk jual-beli pada 2030 kelak.

Apa pun, ini adalah berdasarkan kepada analisa dan trend semasa. Tidak mustahil kita melihat kemunculan platform lain secara tiba-tiba yang mengatasi semua platform sedia ada ini secara mengejut.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link