Malaysia Oversight

TikTok Nafi Menapis Kandungan Kontroversi Di Amerika Syarikat

By Amanz in January 27, 2026 – Reading time 1 minute
TikTok Akhirnya Dijual Dengan 80% Saham Dipegang Firma Amerika Syarikat


TikTok Nafi Menapis Kandungan Kontroversi Di Amerika Syarikat

January 27, 2026
Aplikasi

Effi Saharudin

Perniagaan TikTok di Amerika Syarikat telah dijual kepada entiti baharu minggu lalu dengan data serta algoritma pengguna negara tersebut berbeza dengan TikTok global. Sejak diambil alih TikTok USDS Joint Venture LLC, pengguna di Amerika merungut dengan isu aplikasi kini meminta lokasi pengguna dengan lebih jitu dan terkini mendakwa kandungan kontroversi kini ditapis.

image 66

Isu paling hangat di Amerika Syarikat ialah aktivis anti ICE ditembak mati di Minnesota hujung minggu lalu. Pengguna TikTok Amerika mendakwa video yang menyentuh topik ini dihalang keran video gagal dimuat naik atau mengambil masa lama sebelum diterbitkan. Mereka juga mendakwa apabila carian “ICE Minnesota” dilakukan, video mengkritik ICE dan Donald tidak muncul sebaliknya TikTok akan memberikan video mengenai salji atau aiskrim.

TikTok Amerika telah mengeluarkan penafian mereka menapis kandungan yang menyentuh kandungan kontroversi. Masalah memuat naik video adalah disebabkan pusat data mereka mengalami gangguan bekalan elektrik. Mereka dalam usaha mengembalikan semula operasi kesemua pusat data bagi mengelakkan isu sama berlaku lagi.



Source link