Malaysia Oversight

TikTok Menyatakan Tidak Akan Menambah Sokongan Penyulitan Pada Permesejan

By Amanz in March 5, 2026 – Reading time 1 minute
TikTok Menyatakan Tidak Akan Menambah Sokongan Penyulitan Pada Permesejan



TikTok

TikTok Menyatakan Tidak Akan Menambah Sokongan Penyulitan Pada Permesejan

March 5, 2026
Web 2.0

Aman

Pada hari ini, beberapa perkhidmatan permesejan menawarkan sokongan penyulitan penuh pada permesejan, membuatkan mesej hanya boleh dibaca oleh penerima sahaja, dan tidak boleh dibaca pihak lain. Namun, menyentuh mengenainya, TikTok menyatakan mereka tidak akan menambah sokongan penyulitan pada perkhidmatan permesejan dalam TikTok.

Salah satu sebab untuknya adalah kerana ingin memastikan pengalaman yang selamat, dan membolehkan pihak berkuasa membaca mesej sekiranya diperlukan. Langkah ini lebih ditujukan kepada pengguna muda dan remaja, dan mengelak sebarang mesej berbahaya daripada dihantar kepada mereka.

Bagi kebanyakkan pengguna juga, ramai menggunakan ciri DM pada TikTok untuk berkongsi video pada platform antara satu sama lain, disamping pada masa yang sama bersembang secara ringkas melaluinya. Namun, sekiranya anda memerlukan perlindungan tambahan ketika berkomunikasi, nampaknya TikTok bukan platform yang dituju.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link