Malaysia Oversight

TikTok Hadir Dengan Aplikasi Khusus Untuk Drama Mikro – PineDrama

By Amanz in January 17, 2026 – Reading time 1 minute
TikTok Hadir Dengan Aplikasi Khusus Untuk Drama Mikro – PineDrama


TikTok Hadir Dengan Aplikasi Khusus Untuk Drama Mikro – PineDrama

January 17, 2026
Aplikasi

Aman

TikTok kini dilihat telah memperkenalkan aplikasi khusus untuk drama mikro, dinamakan sebagai PineDrama. Aplikasi ini ditawarkan secara terhad untuk pasaran Amerika dan Brazil sahaja buat masa ini.

TikTok PineDrama

Melalui PineDrama, pengguna dengan mudah boleh mengikuti pelbagai drama mikro, tanpa sebarang bayaran atau iklan buat masa ini. Seperti biasa, drama mikro merupakan gabungan kepada hampir seratus episod berdurasi seminit setiap satu.

Sebelum ini, ramai sedia menerbitkan kandungan drama mikro pada TikTok sendiri, dan kini dengan aplikasi khusus, ia memberikan tempat dituju untuk mengikuti pelbagai drama fiksyen dengan mudah. Untuk TikTok sendiri, mereka sering bereksperimen dengan pelbagai perkara, termasuk beberapa aplikasi sebelum ini, dan turut pernah memulakan penerbitan novel fiksyen dan menamatkannya selepas beberapa ketika. Ia tidak diketahui sama ada PineDrama akan diperluaskan secara global, atau satu lagi eksperimen pihak TikTok sahaja.

Selain PineDrama ini, terdapat beberapa syarikat lain yang turut memfokuskan arena ini, termasuk baur-baru ini ia dilaporkan DramaBox dinilaikan sekitar $500 juta. Di Malaysia sendiri, terdapat sebuah platform khusus dinamakan DoDrama, disamping Sooka yang memfokuskan terhadap arena berkenaan.



Source link