Malaysia Oversight

Tiang Bendera Tertinggi Asia Tenggara Dirasmikan Di Selangor

By Amanz in March 9, 2026 – Reading time 1 minute
Tiang Bendera Tertinggi Asia Tenggara Dirasmikan Di Selangor


Tiang Bendera Tertinggi Asia Tenggara Dirasmikan Di

March 9, 2026
Senibina

Effi Saharudin

Tiang Bendera Negeri dirasmikan oleh Sultan , Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dataran Selangor, Shah Alam semalam. Dengan ketinggian 120 meter, ia kini memegang status sebagai tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara memintas Tiang Bendera Ibu Pertiwi di Sarawak yang berketinggian 99 meter.

Tiang Bendera Negeri Selangor
Foto – Facebook MB Amirudin Shari

Tiang Bendera Negeri Selangor diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara. Ia mengibarkan bendera Selangor sebesar 15 x 30 meter seberat 50 kilogram. Selama 10 hari setahun pula, ia akan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Tiang Bendera Negeri Selangor dirasmikan pada 8 Mac sempena Hari Keputeraan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dataran Selangor yang menjadi lokasi Tiang Bendera Negeri Selangor menggunakan motif rekaan Bunga Tanjung Kelopak Sembilan yang mewakili 9 daerah dalam negeri. Projek pembinaan menelan belanja RM8.56 juta dengan pembinaan dimulakan pada 10- September 10 2024 dan siap pada 7 Mac 2026.

Walaupun Tiang Bendera Negeri Selangor adalah yang tertinggi di Asia Tengara ia masih rendah jika dibandingkan dengan tiang bendera tertinggi dunia yang terletak di Kaherah, Mesir dengan ketinggian 201.95 meter.

Bernama



Source link