Malaysia Oversight

Tiada Telefon Pintar ASUS Tahun Ini dan Semuanya Salah AI

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
Tiada Telefon Pintar ASUS Tahun Ini dan Semuanya Salah AI


Tiada Telefon Pintar ASUS Tahun Ini dan Semuanya Salah AI

January 20, 2026
Asus

Effi Saharudin

Semalam kami laporkan pengerusi ASUS Jonney Shih mengatakan tiada model telefon baharu akan dikeluarkan syarikat dengan tumpuan akan diberikan kepada perkakasan kecerdasan buatan (AI). Tetapi hari ini beliau menjelaskan pengeluaran telefon pintar ASUS digantung sepenuhnya tahun ini ke satu tarikh yang belum lagi ditentukan. Ini sekaligus menjadi noktah kepada siri telefon pintar Zenfone dan ROG Phone yang ditawarkan sejak 2014.

DSC01540

Keputusan yang diambil ini sebenarnya tidak begitu mengejutkan kerana ASUS ialah antara pengeluar terakhir telefon pintar gaming di pasaran. Harga jualannya yang tinggi tetapi kemampuan kamera kurang mantap menyebabkan ia hanya berjaya menarik peminat permua tegar.

Ini juga tidak dibantu oleh isu kekurangan RAM dan storan SSD disebabkan permintaan tinggi daripada pusat data AI. Sebagai peminat peranti ASUS, penarikan diri mereka dari pasaran telefon pintar tahun ini adalah mengecewakan kerana satu demi satu jenama lama berkubur. Tahun lalu pengeluaran telefon pintar Nokia ditamatkan dan walaupun kita baru memasuki minggu ketiga 2026, ASUS pula mengikuti langkah sama.



Source link