Malaysia Oversight

Threads Menguji Ciri Pelekat Beranimasi Dalam Siaran

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 1 minute
Threads Menguji Ciri Pelekat Beranimasi Dalam Siaran


Threads Menguji Ciri Pelekat Beranimasi Dalam Siaran

January 23, 2026
Aplikasi
Lain-lain

Amy Maizuraa

Threads dilihat mula menguji sokongan pelekat beranimasi pada aplikasi mereka. Ciri ini sekali gus memberi lebih banyak cara untuk pengguna mengekspresikan dalam sesuatu siaran.

Threads Menguji Ciri Pelekat Beranimasi 1

Seperti yang diperlihatkan dalam tangkap layar tular, pelekat ini menyerupai sokongan GIF yang boleh dimasukkan terus ke dalam siaran kemaskini. Pelekat ini akan dipaparkan dalam bentuk animasi dalam ruang utama berkenaan. Untuk lebih jelas, ia sememangnya berbeza dengan sokongan GIF yang sudah boleh digunakan sebelum ini. Sebaliknya, pelekat beranimasi ini lebih mirip penggunaan emoji, yang memberi konteks tambahan bergantung pada topik dibincangkan.

Adakah ia dianggap penambahbaikan yang baik? Bergantung kepada cara penggunaan masing-masing yang juga mungkin bukanlah perubahan besar. Namun, sekurang-kurangnya boleh menjadi ciri menarik yang boleh dicuba kelak.



Source link