Malaysia Oversight

Threads Menguji Ciri ‘Dear Algo’ – Sesuaikan Paparan Utama Ikut Keutamaan Pengguna

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Threads Menguji Ciri ‘Dear Algo’ – Sesuaikan Paparan Utama Ikut Keutamaan Pengguna


Threads Menguji Ciri ‘Dear Algo’ – Sesuaikan Paparan Utama Ikut Keutamaan Pengguna

December 5, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

Ramai pengguna media sosial sering berdepan dengan paparan feed yang tidak selari dengan keutamaan mereka. Situasi ini sukar dijangka kerana ia bergantung kepada algoritma yang tidak dapat ditentukan secara jelas.

Threads Dear Algo 001

Bagi mengatasi isu tersebut, Threads kini sedang menguji satu ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dinamakan ‘Dear Algo’. Ciri ini dibangunkan untuk bantu pengguna menyesuaikan paparan feed mengikut keutamaan masing-masing dengan lebih mudah dan teratur.

Melalui penggunaan frasa ‘Dear Algo’, sistem akan memahami kehendak pengguna sama ada mahu melihat lebih banyak atau kurang kandungan tertentu. Langkah ini sekali gus menjadikan pengalaman menggunakan aplikasi lebih relevan, bersifat peribadi, serta mesra pengguna.

Threads 2

Ia masih berada dalam fasa ujian dalaman, di mana pengguna kelak hanya perlu menambah frasa ‘Dear Algo’ pada kemaskini. Tindakan itu akan memberi isyarat kepada sistem mengenai kandungan yang ingin mereka lihat lebih banyak atau kurang, dan kesan itu akan berterusan sehingga tiga hari.

Jika profil pengguna ditetapkan sebagai umum, permintaan tersebut boleh dilihat oleh orang lain. Keadaan ini membolehkan mereka berhubung berdasarkan minat yang sama, atau turut berkongsi semula kemaskini berkenaan.

Pun begitu, ciri ini masih berada dalam fasa percubaan dan belum tersedia untuk semua pengguna.

Threads

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link