Malaysia Oversight

Threads Akan Memudahkan Pengguna Pradengar Sesuatu Podsiar

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 1 minute
Threads Akan Memudahkan Pengguna Pradengar Sesuatu Podsiar


Threads Akan Memudahkan Pengguna Pradengar Sesuatu Podsiar

December 23, 2025
Meta

Aman

Meta kini dilihat ingin mengintegrasikan ciri memfokuskan podsiar pada Threads. Melaluinya, ia akan membolehkan pengguna untuk memuat-naik sesuatu klip podsiar, dan seterusnya membolehkan podsiar berkenaan mempunyai capaian lebih meluas berbanding sebelum ini.

Ciri ini hadir lanjutan daripada sokongan menambah pautan podsiar pada profil sebelum ini di Threads – memudahkan pengguna pautkan profil mereka kepada Podcasts, Spotify dan iHeart.

Threads Amanz

Seperti ramai sedia maklum, hari ini tiada suatu platform khusus yang menghimpunkan dan membincangkan pelbagai perkara berkaitan sesuatu podsiar, dan langkah Threads ini akan menjadikannya salah satu platform menarik untuk tujuan berkenaan. Ini ditambah dengan sokongan algoritma Threads yang sangat menepati capaian pengguna sesuatu lokasi, akan membuatkan capaian dan akses ke sesuatu podsiar lebih meluas.

Namun, mungkin sekiranya anda penerbit podsiar, tidak meletakkan seluruh fokus terhadap platform Meta semata-mata, memandangkan Meta sebelum ini mempunyai rekod dimana mereka beralih arah dan memberikan kesan kepada sesuatu industri – termasuk penerbitan dan media sebelum ini.



Source link