Malaysia Oversight

Tetikus Produktiviti Razer Pro Click V2 Diperkenalkan – Harga Bermula RM489

By Amanz in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
Tetikus Produktiviti Razer Pro Click V2 Diperkenalkan – Harga Bermula RM489


Tetikus produktiviti dilihat semakin popular kebelakangan ini kerana rekaannya yang ergonomik dan sangat selesa, walaupun bentuknya agak jauh berbeza berbanding dengan rekaan tetikus tradisional yang diperlihatkan hari ini.

image 79

Terkini, nampaknya Razer juga telah sedar akan populariti tetikus produktiviti ini dan telah mengemaskini penawaran Razer Pro Click yang dilancarkan pada tahun 2020 dengan dua buah tetikus baru melalui siri yang sama, iaitu Razer Pro Click V2 dan Razer Pro Click V2 Vertical Edition.

batch Pro Click Vertical 2025 SG 7

Razer Pro Click V2 hadir dengan rekaan ergonomik dengann sudut 30 darjah di bahagian sisi yang memberi pengguna pengalaman memegang tetikus yang lebih semulajadi dan selesa, manakala Razer Pro Click V2 Vertical Edition mempunyai sudut pemegangan 70 darjah di bahagian sisi yang memiripi perbuatan bersalam tangan. Model Vertical Edition juga mempunyai bahagian belakang yang menaikkan sedikit kawasan pergelangan tangan untuk penggunaan yang lebih ergonomik.

batch Pro Click Vertical 2025 SG 4

Kedua-dua tetikus ini hadir dengan rekaan berwarna hitam, butang-butang yang boleh diprogram semula dan juga sokongan untuk pencahayaan RGB Razer Chroma. Bahagian roda tetikus juga mempunyai ciri yang boleh ditetapkan dimana ia boleh berpusing tanpa geseran jika dimahukan.

batch Pro Click V2 2025 Studio Shoot 6

Kedua-dua tetikus ini sudahpun hadir di pasaran tempatan, dimana Razer Pro Click V2 dijual pada harga RM489 manakala Razer Pro Click V2 Vertical Edition pula pada harga RM589.



Source link