Malaysia Oversight

Tesla Berhenti Menjual FSD Bermula 14 Februari

By Amanz in January 14, 2026 – Reading time 1 minute
Tesla Berhenti Menjual FSD Bermula 14 Februari


Tesla Berhenti Menjual FSD Bermula 14 Februari

January 14, 2026
Automotif

Effi Saharudin

Sistem swapandu Full Self Driving (FSD) ditawarkan sebagai pakej tambahan pada harga RM32,000 kepada pembeli kereta Tesla di Malaysia. Elon Musk hari ini mengatakan bermula 14 Februari depan, FSD tidak lagi akan dijual terus kepada pelanggan. Sebaliknya ia akan ditawarkan sebagai pakej langganan $99 sebulan sahaja selepa tarikh tersebut. Ketika artikel ditulis, harga langganan FSD di Malaysia belum lagi dipaparkan di laman rasmi Tesla.

Tesla Full Self Driving FSD

Musk tidak menyatakan sebab pakej FSD tidak lagi akan dijual terus kepada pelanggan. Tetapi di EU, beberapa pelanggan sudah bersedia melakukan saman kumpul ke atas Tesla kerana FSD tidak berfungsi seperti yang dijanjikan. Pihak berkuasa di Perancis pula mengarahkan Tesla menghentikan pengiklanan untuk FSD yang didapati tidak telus kerana tidak berfungsi seperti dijanjikan.

Sejak 2016, Musk mengatakan sistem swapandu Tahap 5 akan ditawarkan dalam masa tiga tahun. Semua ramalan beliau gagal menjadi kenyataan dengan pelbagai alasan diberikan. Setakat ini hanya kereta Mercedes-Benz menerima kelulusan sistem swapandu Tahap 3



Source link