
Tesla Akan Melabur $2 Bilion Pada xAI
Aman
Tesla, syarikat automotif milik Elon Musk kini menyatakan akan melabur sekitar $2 bilion pada syarikat kecerdasan buatan milik Elon Musk, xAI. Untuk makluman, sebelum ini ramai sedia menjangkakan Tesla akan melabur pada xAI, dan kini akhirnya perkara berkenaan menjadi kenyataan.
xAI mempunyai penawaran model kecerdasan buatan dinamakan Grok, selain turut mengoperasikan media sosial X.
Bersama-sama pelaburan ini, Tesla turut menyatakan akan melakukan penilaian dalam melihat kepada potensi kolaborasi antara kedua-dua syarikat berkenaan. Sebelum ini, ia dispekulasikan robot keluaran Tesla mungkin dikuasakan dengan model xAI.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah seterusnya untuk xAI dan Tesla. Sebelum ini, satu lagi syarikat milik Elon Musk, SpaceX turut melabur pada xAI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






