Terengganu Akan Wujudkan Platform Biayasama Untuk Sokong Projek Kelestarian Alam Sekitar
Aman
Kerajaan negeri Terengganu kini telah pun membentangkan Belanjawan 2026 untuk negeri tersebut, sekaligus berkongsi berkenaan sejumlah perancangan yang akan hadir dan dilaksanakan di negeri berkenaan pada tahun 2026 kelak.

Salah satu perkara yang akan diperkenalkan adalah platform pendanaan ramai atau biayasama, untuk menyokong pembiayaan projek kelestarian alam sekitar dan juga mitigasi bencana.
Seperti ramai sedia maklum, melalui platform biayasama, orang ramai boleh lakukan sumbangan sehingga sasaran dicapai, sebelum sesuatu projek dilaksanakan. Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan dperbincangkan bergerak kehadapan. Langkah ini juga memastikan pelbagai projek kelestarian alam sekitar bukan sahaja diterajui oleh kerajaan negeri, tetapi juga turut disertai oleh orang ramai.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






