Malaysia Oversight

Teknologi Bateri CATL Memberikan Jarak Perjalanan 520 KM Selepas Dicas 5 Minit

By Amanz in April 25, 2025 – Reading time 1 minute
Teknologi Bateri CATL Memberikan Jarak Perjalanan 520 KM Selepas Dicas 5 Minit


Automotif

Teknologi Bateri CATL Memberikan Jarak Perjalanan 520 KM Selepas Dicas 5 Minit

April 25, 2025

Effi Saharudin

Selain melancarkan bateri ion natrium komersial pertama dunia, CATL juga mengumumkan teknologi bateri baharu yang membolehkan ia memberikan jarak perjalanan sehingga 520 km selepas dicas selama 5 minit sahaja. Teknologi Shenxing Superfast Charging Battery generasi kedua ini turut adalah bateri LFP pertama dengan kemampuan jarak perjalanan 800km dan menyokong pengecasan 12C.

Shenxing Superfast Charging Battery Gen 2

Untuk mencapai tahap pengecasan yang amat pantas ini, teknologi pengecasan baharu dengan kuasa 1.3 MW diperlukan. Sebagai perbandingan kuasa pengecasan tertinggi di Malaysia ketika ini ialah 400kW yang ditawarkan oleh DC Handal. Pengecasan 12C ini membolehkan sehingga jarak perjalanan 2.5 km ditambah setiap saat bateri dicas. Ini akan merealisasikan impian bateri EV dicas sama pantas seperti mengisi satu tangki kereta petrol.

Shenxing Superfast Charging Battery Gen 2 C

Dengan ini CATL berjaya memintas teknologi Super e-Platform BYD yang menawarkan jarak perjalanan 400 km dalam masa 5 minit dengan kuasa pengecasan 1MW. Teknologi BYD telahpun digunakan pada BYD Han L dan Tang L. Masih tidak diketahui syarikat manakah bakal menggunakan bateri Shenxing 2.0 ini tetapi CATL membekalkan bateri kepada Tesla, BMW, Volkswagen, Ford, Hyundai, Honda, Toyota, Geely, NIO, dan. banyak lagi.

Shenxing Superfast Charging Battery Gen 2 B

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link