Tecno Spark Go 5G Dilancarkan Dengan Kamera 50MP dan Bateri 6000mAh
August 14, 2025
Tecno
Amy Maizuraa
Tecno Spark Go 5G telah dilancarkan secara rasmi di India. Ia hadir dengan skrin LCD HD+ bersaiz 6.74″ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Dimensity 6400 bersama pilihan memotri 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Tambahan 4GB RAM maya turut disediakan bagi meningkatkan keupayaan multi-tugas.

Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 18W. Ia juga menawarkan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 5MP. Sebagai pelindungan tambahan, Tecno Spark Go 5G hadir dengan penarafan kalis air IP64.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.