Semakan kami melalui media sosial rasmi Tecno Malaysia mendapati terdapat sebuah peranti baharu yang ditawarkan. Melaluinya, Tecno Spark 40C kini berada di pasaran dengan harga bermula RM429 (8/128GB) dan RM549 (8/256GB). Peranti ini sudah tersedia untuk pembelian melalui platform rasmi Tecno di seluruh Malaysia.

Tecno Spark 40C dilengkapi skrin bersaiz 6.67-inci HD+ berkadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Medietek Helio G81, bateri 6000mAh, pengecasan 18W, kamera utama 13MP dan swafoto sebesar 8MP. Peranti juga memuatkan pengimbas cap jari sisi dan pembesar suara stereo dengan DTS Sound sebagai pelengkap.
Beli – Shopee
Beli – TikTok Shop






