Pada minggu lepas, Tecno telah menjual peranti pintar mampu milik terbaru mereka, Tecno Pova 7 4G pada harga RM599. Pada hari ini, Tecno telah melancarkan dua lagi peranti pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Tecno Pova 7 5G dan Tecno Pova 7 Ultra 5G.

Bermula dengan Tecno Pova 7 5G, peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Ultimate dengan 8GB memori terbina dan juga storan sehingga 256GB. Memori peranti ini boleh dilanjutkan sebanyak 8GB lagi melalui fungsi extended memory sebanyak 8GB lagi. Jika lebih banyak storan diperlukan, peranti ini juga mempunyai slot storan tambahan microSDXC.
Ia juga dilengkapi paparan skrin IPS LCD bersaiz 6.78 inci dengan resolusi 1080×2460 pixel dan kadar segar semula 144Hz. Dalam pada itu peranti ini menggerakkan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka HiOS 15.

Dari segi penawaran kamera pula, Tecno Pova 7 5G dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan dwi-flash dan boleh merakam video pada resolusi Full HD. Kamera swafoto pula dilengkapi dengan sensor lebar 13MP.

Ia juga dilengkapi bateri gergasi 6000mAH dengan sokongan pengecasan pantas Flash Charge 45W dan pengecasan nirwayar pantas 30W. Peranti ini akan ditawarkan dalam pilihan warna Geek Black, Magic Silver dan Oasis Green.
Beralih kepada Tecno Pova Ultra 5G pula, peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8350 Ultimate dengan sehingga 12GB memori terbina, yang boleh dilanjutkan sebanyak 8GB lagi menggunakan ciri extended memory dan storan 256GB terbina.

Peranti ini juga hadir dengan paparan skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan resolusi 2800 x 1260 pixel, kadar segar semula 144Hz dan nilai kecerahan 4500 nit, sesuai untuk pelbagai jenis penggunaan, samada anda menonton video ataupun sedang bermain permua kegemaran anda.
Sama seperti Pova 7 5G, peranti ini juga menggerakkan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka HiOS 15.

Dari segi kamera pula, Tecno Pova 7 Ultra 5G dilengkapi dengan sistem dwi kamera 108MP dan 8MP di bahagian belakang, manakala kamera swafoto menggunakan sensor 13MP sama seperti Tecno Pova 7 5G.
Dari segi bateri, Techno Pova 7 Ultra 5G dilengkapi dengan bateri besar bersaiz 6000mAH dan digabungkan dengan teknologi pengecasan pantas Ultra Charge 70W dan pengecasan nirwayar pantas 30W.

Sebagai sebuah gimik menarik, Kedua-dua peranti Tecno Pova 7 5G dan Tecno Pova 7 Ultra 5G tampil dengan sistem pencahayaan Status Light, iaitu lampu LED yang menerangi sekeliling modul kamera peranti-peranti ini, yang menandakan anda menerima mesej baru, panggilan masuk dan ketika anda sedang dalam sesi gaming.
Peranti ini akan ditawarkan dalam pilihan warna Geek White dan Geek Black.

Kedua-dua peranti pintar terbaru keluaran Tecno ini akan dijual bermula hari ini pada tanda harga berikut:
- Tecno Pova 7 5G (128GB+8GB) – RM899
- Tecno Pova 7 5G (256GB+8GB+Power bank) – RM999
- Tecno Pova 7 Ultra 5G (256GB+12GB) – RM1299
- Tecno Pova 7 Ultra 5G (256GB+12GB+Power bank) – RM1399

Dalam pada itu, pembelian peranti Tecno Pova 7 5G dan Tecno Pova 7 Ultra 5G juga akan hadir dengan power bank dengan fungsi pengecasan magnetik didalam kotaknya. Power bank ini hadir dengan kapasiti 6000mAH, sama seperti bateri kedua-dua peranti ini dan fungsi pengecasan nirwayar 10W.