Malaysia Oversight

Tecno Perlihat Dua Teknologi Baharu Yang Meningkatkan Kemampuan Zum Kamera

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Tecno Perlihat Dua Teknologi Baharu Yang Meningkatkan Kemampuan Zum Kamera


Tecno Perlihat Dua Teknologi Baharu Yang Meningkatkan Kemampuan Zum Kamera

December 5, 2025
Lain-lain
Tecno

Effi Saharudin

Peranti pintar moden kini lazimnya dilengkapi tiga lensa kamera di belakang untuk sudut lebar, ultra lebar dan telefoto. Ini meningkatkan kos dan mewujudkan pandemik bonggol kamera gergasi. Semalam Tecno mengumumkan dua teknologi kamera baharu iaitu Freeform Continuum Telephoto dan Dual-Mirror Reflect Telephoto yang menurut mereka akan menyelesaikan isu ini.

Tecno Freeform Continuum Telephoto

Freeform Continuum Telephoto ialah teknologi zum yang membolehkan zum jauh secara berterusan dilakukan menerusi satu sensor sahaja. Dengan teknologi ini juga isu lensa kamera berubah sehingga menukar warna gambar dalam diselesaikan. Dua lensa bergerak dengan bebas untuk memfokuskan imej. Menurut Tecno ini membolehkan gambar diambil sentiasa tajam dan bukan hanya pada jarak pumpun tertentu sahaja.

Tecno Dual Mirror Reflect Telephoto

Dual-Mirror Reflect Telephoto pula menggunakan sistem cermin berganda untuk meningkatkan jarak fokus dengan keupayaan zum dikatakan setanding DLSR. Sistem ini turut membolehkan sistem zum hang lebih kecil digunakan pada telefon pintar moden serasi dengan trend menghasilkan telefon yang semakin nipis.

Tecno berkata teknologi Dual-Mirror Reflect Telephoto sudah sedia untuk digunakan tahun depan tetapi Freeform Continuum Telephoto masih memerlukan masa untuk diperhalusi dengan Samsung dan Largan dipilih untuk menghasilkan lensa yang diperlukan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link