Malaysia Oversight

Taman Tema Upin & Ipin Bakal Dibuka di King’s Park Genting Highland

By Amanz in December 16, 2025 – Reading time 2 minute
Taman Tema Upin & Ipin Bakal Dibuka di King’s Park Genting Highland


Taman Tema Upin & Ipin Bakal Dibuka di King’s Park Genting Highland

December 16, 2025
Kreatif
Senibina

Effi Saharudin

Kali pertama kami mendengar mengenai Taman Tema Upin & Ipin ialah pada tahun 2012 semasa kami melawat sendiri studio Les’ Copaque Production. Pada ketika itu ia sekadar impian dan lukisan konsep. Di acara LC Xpo 2025 untuk meraikan ulang tahun ke-20 Upin & Ipin, Taman Tema Upin & Ipin secara rasmi akan dibuka di King’s Park Genting Highland.

Taman Teman Les Copaque konsep Melaka B
Konsep Taman Tema Upin & Ipin Melaka/ Les’ Copaque Production

Ia dibangunkan menerusi kerjasama antara Les’ Copaque Production Sdn Bhd dan Kings’ Park Management Sdn. Bhd. Kerjasama ini menandakan satu lonjakan besar dalam landskap edutainment Malaysia, dengan menjanjikan destinasi bertaraf dunia yang direka khas untuk seisi keluarga, kanak-kanak serta para peminat dari semua peringkat umur. Tarikh pembinaan dan pembukaan Tema Upin & Ipin di King’s Park Genting Highland masih belum lagi diumumkan.

Taman Teman Les Copaque konsep Melaka A
Konsep Taman Tema Upin & Ipin Melaka/ Les’ Copaque Production

Taman tema yang akan dibangunkan ini bakal menampilkan tarikan imersif yang diinspirasikan daripada pasangan kembar animasi paling ikonik di Malaysia, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi “edutainment” yang menggabungkan kreativiti, budaya dan keseronokan untuk seisi keluarga.

taman tema upin ipin konsep
Konsep asal 2012

Sebelum ini Les’ Copaque Production pernah mengatakan Taman Tema Upin & Ipin akan dibina di Alor Gajah Melaka dengan kos menelan belanja RM 700 juta. Beberapa lukisan konsep turut dikongsi menerusi laman Instagram rasmi.

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi dipetik berkata taman tema ini akan dibuka menjelang 2026. Sejak 2018, Les’ Copaque Production sudah ditawarkan beberapa bidang tanah termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Ipoh, Johor Bahru dan Negeri Sembilan.





Source link