Malaysia Oversight

Steve Jobs Diabadikan Pada Duit Syiling Edisi Khas Amerika Syarikat

By Amanz in October 16, 2025 – Reading time 1 minute
Steve Jobs Diabadikan Pada Duit Syiling Edisi Khas Amerika Syarikat


Steve Jobs Diabadikan Pada Duit Syiling Edisi Khas Amerika Syarikat

October 16, 2025

Effi Saharudin

Pengasas mendiang Steve Jobs akan diabadikan pada sekeping duit syiling $1 edisi khas oleh United States Mint. Jobs dan tiga lagi tokoh dipilih untuk siri American Innovation Coin kerana sumbangan mereka kepada sektor teknologi Amerika Syarikat.

Duit Syiling Steve Jobs Coin

Gambar ikonik Jobs duduk bersila dengan baju leher kura-kuran yang amat sinonim dengan beliau diukir pada muka syiling. Turut dipaparkan pada muka syiling ialah frasa “Make Something Wonderful”. Siri
American Innovation Coin dimulakan pada tahun 2018 untuk menghargai sumbangan tokoh penting Amerika Syarikat.

Setiap negeri akan mencalonkan seorang tokoh dan tahun ini gabenor California mencalonkan Jobs kerana sumbangan besar beliau kepada negeri. Set empat syiling American Innovation Coin dengan Steve Jobs akan dijual tahun hadapan pada harga $13.25.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link