Malaysia Oversight

Spotify Sedang Membangunkan Ciri Baharu ‘Page Match’

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
Spotify Sedang Membangunkan Ciri Baharu ‘Page Match’


Spotify Sedang Membangunkan Ciri Baharu ‘Page Match’

January 21, 2026
Aplikasi

Amy Maizuraa

Spotify sedang membangunkan satu ciri yang dinamakan sebagai ‘Page Match’. Ciri ini bertujuan untuk memudahkan pengguna menukar atau memadankan bacaan antara buku fizikal dan audiobook dengan cara yang lebih lancar.

Spotify Membangunkan Ciri Baharu Page Match 01

Pengguna hanya perlu mengambil gambar muka surat buku fizikal kemudian Spotify akan membawa mereka terus ke bahagian yang sama di dalam audiobook. Menariknya, fungsi ini berfungsi secara dua hala di mana ia bukan sahaja membolehkan pengguna beralih daripada buku fizikal ke audiobook malah turut menunjukkan muka surat fizikal yang sepadan dengan kedudukan semasa dalam audiobook.

Walaupun ciri ini telah ditemui dalam kod khusus aplikasi Spotify namun ia belum berfungsi sepenuhnya kerana masih dalam fasa pembangunan. Page Match juga hanya boleh digunakan sekiranya pengguna memiliki ciri audiobook di aplikasi Spotify dan terhad kepada beberapa pasaran yang menawarkan perkhidmatan berkenaan sahaja.

Android Authority



Source link