Malaysia Oversight

Sony Umum Program Gantian Untuk Xperia 1 VII Di UK

By Amanz in July 16, 2025 – Reading time 1 minute


Sony

Sony Umum Program Gantian Untuk Xperia 1 VII Di UK

July 16, 2025

Aman

Sony masih belum menjual telefon Xperia 1 VII di Malaysia buat masa ini. Xperia 1 VII merupakan telefon mercu oleh Sony untuk tahun ini, tetapi menggunakan perkhidmatan pengilangan luar. Sejak diperkenalkan, beberapa penjual telah melaporkan masalah pada peranti berkenaan, termasuk peranti mati sendiri, dan ada yang mengatakan tidak dapat dihidupkan semula.

Berikutan hal ini, Sony telah menggantung jualan di Jepun, Hong Kong, Singapura, dan beberapa negara lain. Pelancarannya untuk pasaran Malaysia juga masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Di UK, Sony telah mengumumkan program gantian semula untuk Xperia 1 VII.

Berkongsi mengenainya, Sony mengatakan siasaran mereka mendapati proses pengeluaran membuatkan terdapat masalah melibatkan papan litar untuk sejumlah kecil telefon Xperia 1 VII. Ini sekaligus membawa kepada masalah bekalan kuasa di peranti, dan mengakibatkan masalah-masalah berkaitan.

Selari dengannya, Sony telah memulakan program gantian untuk peranti terlibat, dan akan dimulakan di UK bermula 21 Julai 2025. Dengan perkembangan ini, mungkin kita melihat peranti ini dipasarkan secara meluas kembali dalam masa sekitar sebulan dua lagi.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link