Malaysia Oversight

Sony Lytia 901 Dilancarkan Dengan Senspr 200MP

By Amanz in November 28, 2025 – Reading time 1 minute
Sony Lytia 901 Dilancarkan Dengan Senspr 200MP


Sony Lytia 901 Dilancarkan Dengan Senspr 200MP

November 28, 2025
Fotografi
Sony

Effi Saharudin

Sony akhirnya memasuki arena sensor kamera telefon pintar 200MP dengan melancarkan Lytia 901 semalam. Ini ialah sensor yang lama dinantikan bagi memberikan persaingan kepada sensor 200MP Samsung IsoCell. Lytia 901 ialah sensor bersaiz 1/1.12″ dengan pixel sebesar 0.7 μm. Dengan teknologi Quad-Quad Bayer Coding (QQBC), gambar akhir adalah sebesar 12.5MP selepas diproses.

Lytia 901 C

Teknologi remosaicing membolehkan imej lebih tajam diambil apabila melakukan zum dibantu juga dengan kecerdasan buatan(AI). Sony memasang litar pemprosesan sistem ini terus pada sensor menjadikannya kali pertama teknologi seperti ini digunakan pada sensor kamera.

Lytia 901 B

Sistem Hybrid Frame-HDR (HF-HDR) menghasilkan julat dinamik yang lebih baik sehingga 100 dB. dengan cahaya yang ditangkap sensor menurut Sony adalah menyerupai apa yang dilihat oleh mata manusia. Sementara itu teknologi Dual Conversion Gain‐HDR (DCG-HDR) dan Fine12bit ADC pula membolehkan HDR yang baik masih boleh digunakan pada tetapan zum 4X.

Lytia 901 A

Kemampuan rakamb video pula ialah 8K30fps, dan 4K120fps. Sony juga mengatakan selepas ini kesemua produk sensor kamera Lytia akan menggunakan nama Lytia dan bukan lagi nama pendek LYT yang dilakukan mereka sebelum ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link