Sony Beli Pegangan Sebanyak 2.5% Pada Bandai Namco
July 24, 2025
•
Aman
Sony hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Bandai Namco, sekaligus akan turut mendapatkan pegangan sebanyak 2.5% pada Bandai Namco.

Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam terus memperkembangkan IP ke bentuk kandungan seperti manga, anime, dan sebagainya. Sebelum ini sendiri, kedua-dua pihak sedia bekerjasama dalam menghasilkan kandungan berbentuk permainan, anime dan muzik.
Pembelian pegangan oleh Sony ini turut memperlihatkan Sony terus memberikan perhatian utama pada bahagian IP. Sebelum ini, Sony turut mendapatkan pegangan 10% pada Kadokawa, yang turut memiliki Gempakstarz di Malaysia.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.