Malaysia Oversight

Sony Alpha 7 V Dilancarkan – Sensor 33MP Dan Cip Pemproses Imej Baharu

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 2 minute
Sony Alpha 7 V Dilancarkan – Sensor 33MP Dan Cip Pemproses Imej Baharu


Sony telah melancarkan kamera bingkai penuh baharu Alpha 7 V. Ia hadir hadir dengan sensor 33MP Exmor R CMOS bingkai penuh serta sistem penstabilan 5-axis IBIS. Fungsi penstabilan imej ini turut menawarkan Dynamic Active Mode yang membolehkan rakaman video lebih stabil walaupun dipegang dengan tangan. Selain itu, ia dipadankan dengan cip pemprosesan imej BIONZ XR 2 baharu bersama AI Processing Unit yang lebih canggih.

Alpha 7 V 4 1

Sony menjelaskan bahawa gabungan ini boleh meningkatkan keupayaan pengecaman subjek berasaskan AI sehingga 30% sekali gus memberi kemampuan autofokus yang lebih pantas. Kamera ini juga menawarkan hayat bateri lebih baik hasil daripada pemproses yang lebih cekap tenaga dengan kemampuan sehingga 750 rakaman bagi setiap cas penuh.

Alpha 7 V 1

Kamera ini dilengkapi sistem pemfokusan PDAF sebanyak 759 titik. Ia turut menyokong rakaman video 4K sehingga 120p yang membolehkan gerak perlahan sehingga 5x dengan resolusi jelas. Sementara itu, untuk rakaman Full HD, kadar bingkai sehingga 240fps tersedia dan membolehkan main balik gerak perlahan sehingga 10x (24p dalam mod S&Q).

Alpha 7 V 3

Kamera ini juga hadir dengan fungsi Auto Framing yang mengekalkan komposisi subjek secara automatik ketika rakaman melalui pengecaman berasaskan AI. Julat ISO pula berada antara 100 hingga 51,200 bagi rakaman foto dan video. Selain itu, kamera ini menyokong pelbagai format termasuk 4:2:2 10-bit, Long GOP, S-Log3 dan All Intra.

Melengkapi kamera ini ialah EVF Quad-VGA OLED dengan 3.686 juta titik. Ia turut dipadankan dengan skrin 3.2 inci dengan 2.1 juta titik (nisbah aspek 3:2) yang boleh diputarkan ke sisi dan ke hadapan untuk rakaman swafoto atau swavideo.

Alpha 7 V 2

Kamera ini juga menyokong kad memori CFexpress Type A serta dilengkapi dua port USB Type-C. Selain itu, fungsi pengurangan hingar bersama penambahbaikan mikrofon terbina pula memastikan rakaman audio lebih berkualiti dengan mengurangkan bunyi latar secara berterusan.

Alpha 7 V akan mula dijual pada harga $2,899 (sekitar RM11,955) bermula bulan ini. Namun, harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan setakat ini.

Alpha Universe



Source link