Malaysia Oversight

Softbank Melengkapkan Pelaburan $40 Bilion Ke Dalam OpenAI

By Amanz in December 31, 2025 – Reading time 1 minute
Softbank Melengkapkan Pelaburan $40 Bilion Ke Dalam OpenAI


Softbank Melengkapkan Pelaburan $40 Bilion Ke Dalam OpenAI

December 31, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

SoftBank Group Corp hari ini mengumumkan mereka telah melengkapkan pelaburan bernilai $40 bilion ke dalam OpenAI yang diumumkan pada Mac lalu. Hari ini baki pelaburan $22.5 bilion telah dilengkapkan dengan Softbank kini memegang sekitar 11% saham OpenAI.

Softbank

Syarikat telah melakukan pelaburan pertama pada April 2025 berjumlah $7.5 bilion melalui SoftBank Vision Fund 2 (“SVF2”) diikuti pula oleh $11 bilion daripada pelabur bersama pihak ketiga. Bagi menjana dana, Softbank menjual sepenuhnya pegangan 3.5 juta saham NVIDIA bernilai $5.8 bilion.

Pelaburan yang besar ini adalah bagi memenuhi komitmen membina pusat data Stargate yang menurut OpenAI akan memastikan Amerika Syarikat terus menjadi kuasa besar dalam dunia kecerdasan buatan. Ia juga adalah langkah OpenAI untuk memastikan pelaburan menguntungkan dengan OpenAI dijangka memfailkan IPO mereka tahun depan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link