Malaysia Oversight

Snapdragon 8 Elite Gen 5 Menyokong Codec APV – Pesaing Kepada Apple ProRes Untuk Android

By Amanz in September 25, 2025 – Reading time 1 minute
Snapdragon 8 Elite Gen 5 Menyokong Codec APV – Pesaing Kepada Apple ProRes Untuk Android


Snapdragon 8 Elite Gen 5 Menyokong Codec APV – Pesaing Kepada ProRes Untuk Android

September 25, 2025
Google
Perkakasan

Effi Saharudin

Advanced Professional Video (APV) ialah codec untuk video yang dibangunkan oleh Samsung sebagai pesaing kepada ProRes. Ia adalah codec sumber terbuka bagi membolehkan rakaman video profesional kualiti nirhilang sehingga 8K dengan HDR10+ serta sokongan log dilakukan pada peranti Android.

Samsung Advanced Professional Video APV codc

Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dilancarkan awal pagi tadi ialah cip pertama yang menyokong APV. Kelebihan lain APV ialah saiz video yang dirakam adalah sehingga 10% lebih kecil berbanding ProRes tanpa kehilangan kualiti. Dengan sokongan APV terus pada 8 Elite Gen 5, ia mengesahkan peranti Samsung seterusnya akan menggunakan cip mercu ini.

Samsung Advanced Professional Video APV codec B

Beberapa minggu lalu kedengaran ura-ura siri Galaxy S26 akan menjadi peranti pertama yang boleh merakam video AVP. Ia sudahpun disokong Android 16 dan membuka ruang akan turut akan boleh dilakukan peranti Android lain di masa hadapan. Selain itu APV juga disokong YouTube, Blackmagicdesign, Adobe, Dolby, Arcvideo dan Company3.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link