Smart #5 Rasmi Di Malaysia, Versi Premium Dijual Pada Harga RM 199K dan Brabus RM 249K Terhad Kepada 300 Pembeli Terawal
Ikhwan Nazri
Hari ini sstelah beberapa bulan dari tarikh pengumuman Smart #5 di acara Malaysia Autoshow, Smart Malaysia dibawah kelolaan PRO-NET telah mengumumkan harga rasmi untuk kereta SUV Elektrik ini. Ditawarkan dalam dua versi, Smart #5 Premium dijual pada harga RM 199,800 manakala Smart #5 Brabus ditawarkan pada harga RM 249,800.

Smart #5 merupakan kereta Elektrik pertama dari Smart yang dilengkapi dengan senibina pengecasan 800V yang membolehkan pengecasan pantas 10%-80% dicapai dalam masa 15 minit menerusi pengecasan DC 400kW. Ia juga membawakan rekaan berlainan berbanding Smart #1 dan #3, dan disasarkan untuk kegunaan lasak dengan jarak perjalanan lebih jauh menerusi kapasiti bateri 100kWh yang ditawarka untuk dua versi yang akan dijual di pasaran Malaysia, iaitu versi Premium dan versi Brabus. Untuk kedua-dua versi yang ditawarkan di Malaysia ini, ia turut disertakan dengan 20 pembesar suara Sennheiser, paparan inforia termasuk paparan inforia untuk penumpang hadapan, bumbung lutcahaya, penyaman udara penumpang belakang dan pelbagai ciri-ciri canggih yang lain termasuklah sistem swapandu tahap 2 dan mempunyai kapasiti storan yang besar, dengan ruang bagasi sebesar 630L yang boleh diluaskan sehingga 1530L.

Smart #5 Premium merupakan SUV elektrik pacuan belakang yang mempunyai jarak perjalanan sejauh 590KM dan boleh memecut 0-100 km/j sepantas 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j. Untuk versi Brabus pula, ia dapat memecut 0-100 km/j sepantas 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j dan mempunyai saiz frunk lebih kecil berbanding versi Premium kerana ia mempunyai pacuan semua roda. Ia berkongsi kapasiti bateri yang sama iaitu 100 kWh dan mempunyai jarak perjalanan sejauh 540km. Untuk versi Brabus ia juga jelas dibezakan menerusi rekaan rim yang lebih garang, logo Brabus yang memenuhi segenap sudut, dan juga kemasan fabrik Alcantara memberikan rasa premium.

Smart #5 Premium dijual pada harga RM 199,800 manakala Smart #5 Brabus dijual pada harga RM 249,800 terhad kepada 300 pembeli terawal. Ia hadir dengan jaminan selama 4 tahun tanpa had perjalanan, jaminan bateri selama 8 tahun atau jarak perjalanan sejauh 200,000km , jaminan komponen elektrik selama 8 tahun atau 150,000, jaminan barang gantian selama 2 tahun tanpa had perjalanan dan turut disertakan dengan khidmat bantuan 24 jam seminggu. Pembeli juga turut menerima kotak pengecasan bernilai RM 3,200, palam pengecasan V2L bernilai RM 800, pakej internet 3 GB sebulan selama 3 tahun dan aksesori bernilai RM 2,000.
Baca: Pecutan Pertama Smart 5

Harga yang ditawarkan ini hanya terhad untuk 300 pembeli pertama dan bagi anda yang berminat boleh melawat cawangan pengedar Smart berhampiran, atau melakukan pembelian menerusi aplikasinya iaitu Hello Smart App.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






