Malaysia Oversight

SKMM Sedang Meneliti Cara Terbaik Untuk Mengawal-selia Permainan Atas Talian Kanak-Kanak

By Amanz in October 30, 2025 – Reading time 1 minute
SKMM Sedang Meneliti Cara Terbaik Untuk Mengawal-selia Permainan Atas Talian Kanak-Kanak



ipad kanak kanak

SKMM Sedang Meneliti Cara Terbaik Untuk Mengawal-selia Permainan Atas Talian Kanak-Kanak

October 30, 2025
Telekomunikasi

Nazrin

Baru-baru ini, negara telah dikejutkan dengan insiden seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah ditikam oleh abangnya yang berumur sembilan tahun kerana peranti pintar kanak-kanak yang lebih tua itu telah dirosakkan oleh adiknya, yang mempunyai permainan Roblox tersebut.

Oleh kerana insiden ini, pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menyelidik mekanisma terbaik yang boleh digunakan untuk mengawal-selia permainan atas-talian untuk kanak-kanak sebegini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Fadzil mengatakan bahawa pihak SKMM sedang berbincang mengenai perkara ini, tetapi keputusan mengenainya masih lagi belum dibuat. Pindaan mungkin akan dibuat kepada Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Online Safety Act 2025) yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan untuk menambahkan lagi undang-undang keselamatan untuk kanak-kanak.

Beliau turut mengatakan bahawa sedang mempertimbangkan pengenalan lesen operasi untuk 10 permainan atas talian, termasuklah Roblox untuk supaya pengendali-pengendali permain boleh dikawal-selia operasi mereka untuk memastikan bahawa mereka beroperasi dibawah undang-undang tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa anak-anaknya sudah diarahkan untuk menyahpasang aplikasi Roblox daripada peranti-peranti pintar mereka, dan melarang mereka daripada memainkan permainan tersebut.

Jika anda mahu bantuan asas dan ringkas untuk bagaimana memastikan anak-anak anda tidak memuat-turun aplikasi dan perkhidmatan yang anda tidak mahu mereka gunakan, kami ada satu artikel yang boleh membantu anda.

Bernama

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link