Malaysia Oversight

SKMM Mulakan Rundingan Awam Cadangan Kerangka Kawal-Selia Simpanan Dan Pendedahan Data Komunikasi Untuk Siasatan

By Amanz in July 27, 2025 – Reading time 1 minute
SKMM Mulakan Rundingan Awam Cadangan Kerangka Kawal-Selia Simpanan Dan Pendedahan Data Komunikasi Untuk Siasatan


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini mengumumkan mereka telah memulakan sesi rundingan awam untuk cadangan berkaitan Kerangka Pengawalseliaan Untuk Penyimpanan, Pemeliharaan dan Pendedahan Data Komunikasi Bagi Tujuan Siasatan.

MCMC

Langkah ini adalah selari dengan pindaan terkini kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dibawah penambahan baharu, ia memfokuskan kepada asas perundangan dalam penyimpanan, pemeliharaan, dan pendedahan data komunikasi atas sokongan siasatan jenayah.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini dunia digital memainkan peranan penting dalam kehidupan harian seseorang, dan akses kepada data yang sahih dan tepat boleh membantu dalam siasatan jenayah. Dibawah kerangka pengawal-seliaan ini, ia akan membantu pihak berkuasa, dan pada masa yang sama memastikan privasi orang ramai terus terjaga.

SKMM membuka sesi rundingan awam ini sehingga 8 Ogos 2025, membolehkan maklumbalas diberikan atas pembangunan kerangka pengawalseliaan yang seimbang dan inklusif.



Source link