SKMM Arah Sekatan Sementara Ke Atas Grok
Aman
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengarahkan sekatan sementara ke atas perkhidmatan kecerdasan buatan janaan dibawah xAI, iaitu Grok. Sekatan ini adalah berkuat-kuasa 11 Januari 2026. SKMM mengatakan sekatan ini akan dilaksanakan sehingga langkah perlindungan yang berkesan dilaksanakan perkhidmatan berkenaan, khususnya mencegah kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.
Sebelum ini, Grok dilihat berulang kali menjana kandungan lucah, kandungan seksual dan tidak senonoh yang jelik melampau, serta imej manipulasi tanpa persetujuan .

SKMM mengatakan telah emngeluarkan notis kepada X dan xAI pada 3 Januari 2026 dan 8 Januari 2026 dalam menuntuu pelaksanaan langkah perlindungan teknikal. Walaubagaimanapun, maklumbalas pihak X gagal menangani risiko sedia ada yang wujud.
Buat masa ini, syarikat telekomunikasi masih belum melaksanakan sekatan sepenuhnya terhadap Grok, dan ia masih boleh diakses melalui perkhidmatan X, mahupun boleh dimuat-turun melalui kedai aplikasi Google Play Store dan Apple App Store.






