Malaysia Oversight

SKMM Akan Siasat Kemudaratan Di X Dan Akan Panggil Wakil Platform Berkenaan

By Amanz in January 3, 2026 – Reading time 1 minute
SKMM Mulakan Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) Barmula Hari Ini



MCMC

SKMM Akan Siasat Kemudaratan Di X Dan Akan Panggil Wakil Platform Berkenaan

January 3, 2026
Telekomunikasi

Aman

Baru-baru ini, X telah menambah sokongan penyuntingan gambar dikuasakan kecerdasan buatan, membuatkan semua gambar yang dimuat-naik ke platform tersebut boleh diubah dengan arahan teks pada Grok. Ini sekaligus membawa kepada pelbagai masalah, terutamanya penyalahgunaan dalam penjanaan gambar di platform tersebut. Perkara ini sendiri berlaku beberapa hari selepas ciri berkenaan diperkenalkan, dimana pihak tidak bertanggungjawab menggunakan AI dalam memanipulasi gambar wanita dan kanak-kanak untuk menghasilkan kandungan tidak senonoh.

Menyentuh mengenainya, SKMM mengatakan mereka mengambil maklum dan memandang serius berkenaan perkara ini di X. SKM turut mengatakan kini sedang menyiasat kemudaratan yang berlaku di X, dan akan panggil wakil platform berkenaan.

Perkara ini juga berlaku sejurus selepas SKMM menguat-kuasa Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), yang memerlukan platform atas-talian dan penyedia perkhidmatan berlesen untuk memgambil langkah dalam mencegah penyebaran kandungan memudaratkan termasuk kandungan lucah, tidak senonoh dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah laporan siasatan berkenaan akan dikeluarkan pihak SKMM. Pihak SKMM menekankan supaya pengguna dan mangsa untuk melaporkan kandungan memudaratkan kepada PDRM, SKMM, dan juga melalui portal aduan SKMM.



Source link