Malaysia Oversight

SK Hynix Mahu Membangunkan Memori GDDR7 24Gb Dengan Kelajuan 48Gbps

By Amanz in November 28, 2025 – Reading time 1 minute
SK Hynix Mahu Membangunkan Memori GDDR7 24Gb Dengan Kelajuan 48Gbps


Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Samsung telah mula mengeluarkan memori GDDR7 24Gb dengan kelajuan 28Gb/s secara besar-besaran, dan kini sedang mensampel memori sama dengan kelajuan 32Gb/s dan 36Gb/s.

Terkini, tiba giliran sebuah lagi syarikat teknologi dari Korea Selatan, iaitu SK Hynix untuk mengumumkan bahawa mereka juga akan menawarkan komponen memori GDDR7 dengan kapasiti 24Gb. Perbezaannya di sini ialah mereka mahu membangunkan memori dengan kadar penghantaran data sepantas 48Gbps.

image 88

SK Hynix mahu menunjukkan memori ini di acara International Solid State Circuits Conference (ISSCC) pada bulan Februari 2026 di San Francisco. Sama seperti penawaran memori 24Gb GDDR7 oleh Samsung, cip memori ini akan dibangunkan untuk digunakan pada mesin pelayan AI yang rata-rata memerlukan kapasiti memori yang banyak dan juga kadar penghantaran data yang pantas.

Kad grafik paling berkuasa di pasaran sekarang, iaitu NVIDIA GeForce RTX 5090 menggunakan cip memori GDDR7 16Gb dengan kelajuan 28Gbps, jadi memori baru yang ditawarkan adalah lebih besar dan pantas berbanding dengan memori sebelum ini.

Buat masa ini, jangkaannya ialah memori 24Gb ini akan ditawarkan pada kad grafik NVIDIA RTX Pro 6000 dan NVIDIA GeForce RTX 5090 untuk komputer riba, dan mungkin juga pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 Super yang juga dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.



Source link