SK Hynix Akan Membina Kilang Pempakejan Memori HBM Di Amerika Syarikat
Nazrin
Seperti yang sedia maklum. pasaran AI sekarang sedang hangat membeli komponen memori untuk sistem-sistem AI yang memerlukannya sebanyak yang mungkin, dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar memori untuk cKiuba mendapatkan sebanyak keuntungan yang mungkin.
Terkini, ia dilaporkan bahawa SK Hynix, syarikat pengeluar cip memori dan storan yang terkemuka dari Korea Selatan akan membuka kilang pempakejan memori HBM di Amerika Syarikat untuk mempercepatkan proses pengeluaran dan penghantaran memori untuk syarikat-syarikat pembuat komponen AI di negara tersebut.
Kilang pempakejan 2.5D ini akan dibina di West Lafayette, Indiana bersama-sama dengan Purdue University dan akan menelan belanja kira-kira $2.5 bilion dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2028.

SK Hynix secara lazimnya akan menggunakan khidmat syarikat luar untuk proses pempakejan ini, dimana cip semikonduktor memori dipasang kepada papan logik. Oleh kerana permintaan untuk cip memori AI yang semakin tinggi, proses ini dilihat sebagai bahagian yang menyebabkan kesesakan pengeluaran cip tersebut sebelum ia boleh dijual.
Oleh kerana ini, SK Hynix telah membuat keputusan untuk membina kilang pempakejan mereka sendiri di Amerika Syarikat untuk mempercepatkan proses tersebut. Tetapi seperti yang dikatakan, kilang ini hanya akan mula beroperasi pada tahun 2028, dan akan dibina dengan bantuan geran dana CHIPS Act sebanyak $458 juta.
Mereka juga merupakan syarikat pengeluar memori pertama yang telah berjaya untuk menghasilkan cip memori HBM4 terbaru baru-baru ini.






