Malaysia Oversight

Sistem Maglev China Memecut Daripada 0-700 km/j Dalam Masa 2 Saat

By Amanz in December 28, 2025 – Reading time 1 minute
Sistem Maglev China  Memecut Daripada 0-700 km/j Dalam Masa 2 Saat



China Maglve

Sistem Maglev Memecut Daripada 0-700 km/j Dalam Masa 2 Saat

December 28, 2025
Pengangkutan

Effi Saharudin

Sistem maglev menggunakan daya apungan dan penolakan elektromagnet untuk menggerakkan kenderaan hampir tanpa geseran. Sistem maglev terpantas dunia pada waktu ini ialah di Shanghai dengan kelajuan maksimum 431 km/j dengan rekod dunia kereta api maglev pula dipegang siri L0 di Jepun dengan kelajuan maksimum 603 km/j. Terkini, penyelidik dari Universiti Teknologi Pertahanan Kebangsaan mengumumkan kejayaan memecutkan sistem maglev mereka dari 0-700 km/j dalam masa 2 saat.

Ini meletakkannya sebagai sistem dengan kemampuan pecutan terpantas di dunia dengan sasaran membolehkannya dipecut sehingga 1000 km /j. Pecutan yang pantas ini dipadankan pula dengan sistem nyahpecut kembali ke sifar dalam jarak 400 meter.

Sistem ujian terdiri daripada kereta luncur seberat 1 ton. Yang menjadikan ujian ini menarik ialah sistem maglev beroperasi pada suhu –196 °C yang lebih tinggi berbanding –269 °C diperlukan superkonduktor lain. Walaupun dibangunkan untuk sistem kereta api maglev, teknologi dengan pecutan tinggi ini turut mungkin boleh digunakan untuk sistem “kereta api angkasa lepas” StarTram.

Sistem fiksyen ini membolehkan kenderaan angkasa lepas dipecutkan ke angkasa lepas dengan hanya menggunakan roket satu tahap sahaja.

CGTN



Source link