Malaysia Oversight

Sistem Imigresen Tanpa Pasport di Sempadan Johor-Singapura Diuji Bermula 22 September Ini

By Amanz in September 18, 2025 – Reading time 1 minute
Sistem Imigresen Tanpa Pasport di Sempadan Johor-Singapura Diuji Bermula 22 September Ini


Sistem Imigresen Tanpa Pasport di Sempadan Johor-Singapura Diuji Bermula 22 September Ini

September 18, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Malaysia akan memulakan ujian sistem imigresen baharu yang membolehkan rakyat Malaysia dan pelawat terpilih melintas sempadan tanpa menggunakan pasport fizikal, bermula 22 September 2025 hingga 28 Februari 2026. Sistem ini dikenali sebagai NIISe (National Integrated Immigration System) dengan pengesahan identiti dilakukan menerusi imbasan kod QR dalam aplikasi MyNIISe.

Ujian akan dilakukan di Tambak Johor dan Laluan Kedua sebelum dikembangkan pula ke lima lapangan terbang utama termasuk KLIA Terminal 1, KLIA Terminal 2, Bayan Lepas, Kuching dan Kota Kinabalu. Kod QR NIISe mempunyai ciri menarik membolehkan sekumpulan pelancong masuk dengan hanya satu imbasan sahaja berbanding MyBorderPass yang memerlukan setiap individu mempunyai kod QR peribadi.

Aplikasi MyNIISE

MyNIISe turut akan digunakan di Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru–Singapura apabila ia dibuka kelak. Sistem keselamatan yang digunakan ialah pengecaman wajah dan juga kecerdasan buatan (AI). Inisiatif ini bertujuan mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan proses imigresen di sempadan paling sibuk negara.

Singapura telah membenarkan kemasukan ke dalam negara menggunakan imbasan kod QR sejak Disember 2024 menerusi aplikasi MyICA. Dengan penyeragaman ini, ia membuka masa depan keluar masuk dua negara jiran ini tanpa sebarang passport fizikal sepenuhnya seperti sebelum 1965.

Aplikasi MyNIISe sudahpun boleh dimuat turun di App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link