Siri Terkini Apple TV+ Ditangguh Kerana Situasi Politik Amerika
Effi Saharudin
Situasi politik di Amerika Syarikat kini kurang stabil selepas insiden pembunuhan hos podsiar politik dan tidak dibantu oleh pelbagai keputusan Pentadbiran Trump yang tidak popular. Ini mungkin menyebabkan siri The Savant untuk Apple TV+ kini digantung daripada tarikh asal 26 September.

Siri yang dibintangi Jessica Chastain ini ialah mengenai individu yang digelar The Savant yang melakukan risikan dalaman organisasi pengganas tempatan di Amerika Syarikat. Ia menyentuh isu pengganas tempatan yang bersayap kanan dan ini mungkin menyebabkan siri ditangguh ke satu tarikh yang belum lagi ditetapkan.
Minggu lalu rancangan Jimmy Kimmel Live digantung seminggu oleh Disney selepas hos berjenaka mengenai Trump dan kaitannya dengan pembubuhan hos podsiar. Tekanan yang diberikan oleh pengerusi FCC menyebabkan rancangan ini digantung.
Apple tidak mengatakan sebab sebenar The Savant digantung tetapi ia mungkin bagi mengelakkan reaksi negatif yang boleh menyebabkan mereka turut dikecam. Selepas Disney menggantung Jimmy Kimmel, ramai pelanggan membatalkan langganan Disney+, Hulu dan ESPN sebagai tanda protes.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






