Ramai orang gemar merakam gambar, dan ia tidak semestinya terhad kepada acara besar. Detik harian seperti senyuman di jalan, secawan kopi panas, atau suasana bandar juga boleh menjadi kenangan berharga. Dengan Samsung Galaxy S25 khususnya versi Ultra, setiap rakaman kelihatan lebih jelas, berwarna dan hidup. Bahkan suasana sederhana sekalipun mampu nampak lebih menarik apabila diabadikan dengan telefon ini.

Zoom Hebat Hingga 100X
Bayangkan anda berada di tengah bandar sambil memandang bangunan ikonik seperti KLCC atau mercu tanda dari kejauhan. Dengan Samsung Galaxy S25 Ultra, anda boleh menggunakan fungsi zum sehingga 100X tanpa kehilangan perincian. Sama ada pada tahap 1X, 10X, 30X atau 100X, hasil gambar tetap jelas, menjadikan detik jauh terasa begitu dekat. Cara menggunakannya juga mudah kerana anda hanya perlu membuka aplikasi kamera → memilih ikon zum → melaraskan tahap zum mengikut keperluan. Dengan satu sentuhan pada skrin, anda boleh beralih daripada sudut lebar kepada zum jarak jauh dengan mudah.





Pada masa sama, sistem kamera Samsung Galaxy S25 Ultra memastikan kestabilan imej agar rakaman kekal jelas walaupun tangan bergerak. Fungsi ini menjadikan pengalaman merakam lebih praktikal dan mudah untuk semua pengguna. Sama ada merakam bangunan ikonik, suasana bandar atau detik rawak di jalanan, peranti ini mampu menghasilkan gambar yang kelihatan profesional tanpa memerlukan peralatan tambahan. Dengan teknologi kamera canggih, setiap detik harian boleh dirakam dengan kualiti tinggi, sekali gus menjadikan Galaxy S25 Ultra pilihan ideal untuk gaya hidup moden.






Food Mode Untuk Gambar Makanan
Hidangan sederhana seperti Ice Chocolate dari Mynews boleh kelihatan lebih menarik apabila dirakam menggunakan Samsung Galaxy S25 Ultra. Melalui fungsi Food Mode, warna makanan akan nampak lebih menyerlah manakala teksturnya lebih jelas. Dengan hanya tangkapan ringkas, gambar yang dihasilkan juga sesuai untuk dikongsi di media sosial.

Penggunaan Food Mode pada Samsung Galaxy S25 Ultra amat mudah. Pengguna hanya perlu membuka aplikasi kamera → memilih mod makanan → menekan butang rakam. Dengan beberapa langkah ini, gambar makanan akan nampak lebih hidup serta menyelerakan. Selain itu, setiap hidangan harian bukan sahaja dapat dinikmati, malah boleh dirakam sebagai gambar yang menarik. Samsung Galaxy S25 Ultra turut memastikan hasil rakaman lebih jelas dan sesuai untuk dikongsi dalam gaya hidup moden.
Nightography Untuk Suasana Malam
Mengambil gambar pada waktu malam sering menjadi cabaran kerana sukar mendapatkan hasil yang terang. Namun, dengan Nightography Mode pada Samsung Galaxy S25 Ultra, suasana bandar atau mercu tanda yang dipenuhi cahaya dapat dirakam dengan jelas. Warna lampu kelihatan lebih hidup, manakala perinciannya tampak lebih baik. Penggunaannya juga sangat mudah dengan hanya buka aplikasi kamera dan pilih Night Mode. Dengan langkah ringkas ini, rakaman malam menjadi lebih menyerlah dan sesuai dikongsi sebagai kenangan.




Sistem kamera Samsung Galaxy S25 Ultra bijak menyesuaikan pencahayaan secara automatik agar gambar kelihatan lebih terang tanpa menjejaskan perincian. Selain itu, teknologi penstabilan imej memastikan rakaman kekal jelas walaupun diambil tanpa tripod. Oleh itu, sama ada merakam suasana malam di bandar, cahaya lampu, atau detik santai bersama rakan, Samsung Galaxy S25 Ultra mampu menghasilkan rakaman yang tampak profesional dengan mudah.



Now Brief Untuk produktiviti
Selain kamera, Samsung Galaxy S25 Ultra turut menawarkan fungsi Now Brief yang memudahkan urusan harian. Semua maklumat penting seperti mesyuarat, tarikh akhir tugasan, berita semasa dan ramalan cuaca dipaparkan dalam satu skrin yang ringkas dan mudah diakses.

Pengguna tidak lagi perlu membuka banyak aplikasi untuk mendapatkan maklumat. Setiap kali memulakan hari, cukup dengan membuka telefon dan melihat perkara utama yang perlu dilakukan. Fungsi ini menjadikan rutin harian lebih teratur serta efisien. Samsung Galaxy S25 Ultra bukan sahaja mengabadikan kenangan, malah turut meningkatkan produktiviti agar gaya hidup lebih terurus.
Kesimpulan
Siri Samsung Galaxy S25 bukan sekadar telefon pintar tetapi teman gaya hidup yang menjadikan rutin harian lebih produktif. Dari fungsi zum jarak jauh, rakaman makanan yang menyelerakan, suasana malam yang jelas hingga pengurusan maklumat harian, semuanya dapat dilakukan dengan mudah.

Direka untuk memenuhi keperluan setiap hari, peranti ini boleh membantu pengguna mencipta detik bermakna dalam hidup moden. Dapatkan siri Samsung Galaxy S25 sekarang dan mulakan langkah baharu menuju gaya hidup lebih terurus!
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.






