Siri Redmi Note 15 Akan Menerima Sokongan Kemaskini Perisian Selama 4+6 Tahun
January 16, 2026
Amy Maizuraa
Xiaomi Malaysia mengumumkan kemas kini empat versi Android serta tampalan sekuriti selama enam tahun yang menandakan komitmen jangka panjang terhadap pengalaman pengguna dan keselamatan peranti. Sokongan ini diberikan kepada semua model Redmi Note 15 baharu bermaksud setiap peranti yang dilancarkan semalam akan menerimanya.

Perisian jangka panjang ini memberi nilai tambah kepada pengguna yang mahu menggunakan peranti lebih lama sekali gus menjadikan telefon lebih relevan untuk pelaburan jangka panjang. Namun begitu, Redmi masih belum mengikuti langkah Samsung yang menawarkan sehingga enam tahun versi Android dan tampalan sekuriti untuk telefon pertengahan serta asas mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






