Siri Huawei Mate 80 Kini Rasmi Dengan Kemasan Serba Baharu Dan Kamera 50MP
Amy Maizuraa
Huawei Mate 80, Mate 80 Pro dan Mate 80 Pro Max telah dilancarkan secara rasmi di China. Ketiga-tiga model ini menawarkan pengalaman lebih segar dengan kemasan unik di samping perkakasan dalaman yang memadai untuk kelasnya.

Antara sorotan utama siri Mate 80 ialah rekaan belakang unik dengan Dual-Ring serta tubuh logam yang disaluti kemasan nilon. Meskipun begitu, binaannya masih mengekalkan bentuk berkotak seperti generasi sebelumnya. Mate 80 hadir dengan bingkai aloi aluminium manakala model Pro menggunakan kemasan berkilat.

Huawei Mate 80 Pro Max hadir dengan skrin LTPO OLED 120Hz bersaiz 6.9 inci beresolusi FHD+ (2848 × 1320 piksel). Ia dipadankan dengan cip Kirin 9030 Pro, memori sehingga 16GB RAM serta storan dalaman 512GB. Peranti ini menjalankan HarmonyOS 6 yang menawarkan pengalaman AI lebih mudah dan pintar.
Ia juga dilengkapi sistem kamera utama 50MP (apertur F1.4–F4.0, OIS, RYYB), ultra-lebar 40MP (apertur F2.2, RYYB), telefoto makro 50MP (OIS), ultra-telefoto, serta sensor warna generasi kedua. Melengkapkan peranti adalah bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan pantas 100W.

Huawei Mate 80 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED 120Hz bersaiz 6.75 inci beresolusi FHD+ (2832 × 1280 piksel). Ia dipadankan dengan cip Kirin 9030 memori sehingga 12GB RAM serta storan dalaman 512GB. Peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 5750mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W.
Sistem kamera terdiri daripada lensa utama 50MP (aperture F1.4–F4.0, OIS, RYYB), kamera ultra-lebar 40MP, telefoto makro 48MP dengan penstabilan imej optik (OIS), serta sensor warna generasi kedua. Sebagai pelengkap, kamera swafoto 13MP turut disediakan pada bahagian hadapan.

Huawei Mate 80 berkongsi beberapa perkakasan dalaman yang menyerupai model Pro, antaranya skrin LTPO OLED 120Hz bersaiz 6.75 inci dan bateri berkapasiti 5750mAh. Ia dipadankan dengan cip Kirin 9020, memori sehingga 16GB RAM serta storan dalaman 512GB.
Peranti ini turut menyokong sistem pengecasan pantas 66W. Ia juga dilengkapi kamera utama 50MP (apertur F1.4–F4.0, OIS, RYYB), ultra-lebar 40MP, telefoto periskop 12MP, serta sensor warna generasi kedua. Sebagai pelengkap, peranti ini mempunyai kamera swafoto 13MP.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





